16 April 2010

Seven proposals to enhance police force rejected

The Star

ONLY seven of the 125 proposals from the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police could not be implemented.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, in a written reply to Liew Chin Tong (DAP–Bukit Bendera), said they were the creation of a new code of ethics; renaming it as police services instead of police force; formation of a review mechanism for the police; enhancing the accountability of the Special Branch; amending regulations, law and procedures of police duty; creation of two deputy IGP posts; and making the Inspector-General Police General Order a subsidiary legislation under the Police Act.

He said the code of ethics was maintained as it covered various aspects and that an independent review mechanism – Enforcement Agency Integrity Commission – had been set up to oversee the police and 20 other enforcement agencies. He said the accountability level of the Special Branch was similar to that of their counterparts in other countries.

Nisbah Pengambilan Guru Pelatih Lelaki Dan Wanita Seimbang Mulai Tahun Ini

HULU SELANGOR, 16 April (Bernama) -- Mulai tahun ini, nisbah pengambilan calon lelaki dan wanita untuk mengikuti kursus latihan perguruan akan diseimbangkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Fuad Zarkashi.

Katanya pada pengambilan pelatih guru tahun ini, 50 peratus calon adalah lelaki dan nisbah sama untuk wanita di mana 40 peratus pelatih adalah dari Semenanjung dan 30 peratus masing-masing dari Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah salah satu langkah kementerian bagi memastikan pelatih dari Sabah dan Sarawak boleh dihantar semula ke negeri asal mereka selepas tamat latihan manakala pelatih lain berkhidmat di Semenanjung.

"Ketika ini guru dari Semenanjung dihantar berkhidmat di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Ini menimbulkan banyak masalah di samping kita dapat mengatasi masalah pertukaran guru ke kawasan pedalaman," katanya.

Fuad berkata demikian dalam sesi dialog bersama persatuan ibu bapa dan guru dari sekolah-sekolah di sekitar Batang Kali, dekat sini, pada Jumaat.

Menurutnya, pertukaran guru wanita ke kawasan pedalaman telah menimbulkan kebimbangan keselamatan dari pelbagai pihak.

"Kami juga ada kes di mana sebuah sekolah hanya mempunyai dua atau tiga guru lelaki dan mereka perlu menjaga aktiviti sukan bagi seluruh sekolah itu.

"Dalam menjaga soal disiplin, guru lelaki adalah pilihan yang lebih baik berbanding guru wanita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fuad berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengabaikan sekolah vernakular di negara ini malah akan terus memberi bantuan dan geran kepada sekolah-sekolah tersebut.

Selain sekolah Cina dan Tamil, kerajaan juga akan melindungi sekolah agama kerana sekolah-sekiolah ini memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan semua sekolah mendapat perhatian seimbang. Kita akan terus menyediakan geran dan bantuan kepada sekolah-sekolah ini kerana mahu pelajar yang berdaftar di sekolah ini mendapat pendidikan berkualiti," katanya.

Menurutnya, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sekolah jenis kebangsaan Cina diberi peruntukan RM134 juta bagi melaksanakan pelbagai kerja menaiktaraf infrastruktur manakala sekolah Tamil pula menerima RM64 juta untuk tujuan sama.

Fuad juga berkata di bawah pakej rangsangan ekonomi yang dimumkan tahun lepas, kedua-dua sekolah Cina dan Tamil menerima peruntukan tambahan RM50 juta.

"Dalam tempoh setahun, kerajaan membelanjakan RM1.8 bilion untuk membayar gaji guru-guru di sekolah Tamil dan Cina. Ini adalah antara beberapa perkara yang kerajaan lakukan untuk sekolah-sekolah ini," katanya.

-- BERNAMA

15 April 2010

Perkhidmatan Wajib Bagi Doktor Dikurangkan Kepada Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perkhidmatan wajib dalam kerajaan bagi doktor-doktor kini dikurangkan kepada dua tahun daripada tiga tahun yang diwajibkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari Khamis.

Ini berikutan peningkatan tempoh latihan daripada setahun kepada dua tahun, katanya dalam satu kenyataan menjelaskan tindakan mengurangkan perkhidmatan wajib itu.

"Usaha untuk memendekkan tempoh perkhidmatan wajib itu akan menggalakkan mereka untuk kekal dan memberikan kepakaran mereka di Malaysia. Secara tidak langsung ini akan mengelakkan kehilangan penghijrahan tenaga pakar," katanya.

Untuk menarik lebih ramai doktor Malaysia yang berkhidmat di luar negeri untuk pulang dan berkhidmat di negara ini, Liow berkata pertimbangan khas akan diberikan kepada mereka.

Bagi doktor berusia lebih 45 tahun, tanpa mengira sama ada mereka memiliki kelayakan lepasan ijazah atau tidak, mereka akan diberikan pengecualian sepenuhnya daripada perkhidmatan awam, katanya.

Bagi yang berusia bawah 45 tahun, pengecualian akan diberikan jika mereka memiliki kepakaran khusus dalam bidang yang tidak ramai pakar, seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengecualian Perkhidmatan Wajib atau jika mereka ingin berkhidmat di universiti awam atau swasta, atau hospital kerajaan untuk tempoh berterusan selama dua tahun.

-- BERNAMA