16 June 2007

MB questions ‘perfect score’ of state civil servants

NST

SEREMBAN, Sat:

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan has cast doubts on the state’s civil service annual appraisal report exercise, as some staff had obtained almost perfect scores.

They received 99 out of the maximum 100 per cent.

Mohamad said there might be flaws in the exercise which among others, award five points to any civil servant who was also a national-level athlete. He, however, noted that the state had no one in that category.

"I am proud of the high achievers but I feel the appraisal should be done accordingly so that no one can question the results," he said at the 2006 Negri Sembilan administrative excellence awards ceremony here yesterday.

Also present was state Secretary Datuk Kamarudin Siaraf.

Earlier in his speech, Kamarudin had alluded to the fact that among the 4,098-strong state civil service, some obtained 99 per cent in their appraisal last year.

Expressing shock, he reminded heads of department to appraise their staff based on merit and work quality.

"That should be the right way and not favouritism or sympathy.

"From what I have seen, I am not sure if the reports meet the required standards that have been set, especially in the public delivery system."

Kamarudin said 2,733 employees obtained more than 85 per cent in their appraisals, with 318 receiving the excellence awards.

He said the good news was that none had obtained less than 50 per cent, which meant that everyone would be eligible for a salary increase.

JPA tawar 8,000 biasiswa IPTA

Utusan Online

Oleh: HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 15 Jun – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan 8,000 biasiswa untuk program pengajian ijazah dan diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ketua Komunikasi Korporat JPA, Hasniah Rashid berkata, fokus penawaran biasiswa bagi tahun ini adalah kepada bidang kritikal yang diperlukan oleh negara seperti pergigian, farmasi, perubatan, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial.

Beliau berkata, jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan bagi membiayai pelajar yang terpilih sepanjang tempoh pengajian mereka adalah kira-kira RM221 juta.

“Tawaran tersebut terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 24 tahun pada 1 Julai ini dan telah menerima surat tawaran kemasukan tahun pertama pengajian dari mana-mana IPTA.

“Semua permohonan perlu dibuat melalui laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my bermula Ahad ini dan tarikh tutup pada 30 Jun,” katanya.

Hasniah memberitahu, bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun kedua ke atas di mana-mana IPTA dan tiga IPTS (Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) turut layak memohon biasiswa itu.

“Bagaimanapun, mereka perlu memiliki salah satu kelayakan dengan pencapaian minimum dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Matrikulasi (bawah Kementerian Pelajaran dan IPTA) dan Sijil Alpha/Foundation/Diploma.

“Mereka juga boleh menggunakan keputusan peperiksaan semester terkini dengan pencapaian minimum CGPA 3.50,” katanya.

Beliau berkata, calon yang tidak layak memohon adalah pelajar yang tidak memenuhi syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan serta mereka yang melanjutkan pelajaran anjuran sesuatu jabatan atau agensi.

“Begitu juga dengan pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan, matrikulasi, sedang berkhidmat dengan sektor awam atau swasta dan mereka yang mengikuti pengajian jarak jauh atau separuh masa,” katanya.

15 June 2007

Cuti bersalin keenam awam patut bergaji

Berita Harian

SAYA ingin menyuarakan mengenai cuti tanpa gaji yang terpaksa diambil wanita bersalin kali keenam dan seterusnya. Saya melihat kebanyakan daripada kakitangan terbabit terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan masalah kewangan amat meruncing bila mereka berhadapan dengan situasi sebegini.

Saya memohon kerajaan mengkaji semula masalah ini kerana bebanan mereka yang terus meningkat, pelbagai bayaran bil yang perlu dijelaskan, dan pada masa yang sama, mereka tidak dibayar gaji untuk tempoh dua bulan.

Di manakah tempatnya mereka hendak mengadu nasib melainkan di kedai pajak gadai, along atau yang seumpama dengannya.

Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula pekeliling sedia ada agar dapat meringankan masalah kakitangan yang mempunyai jumlah anak ramai. Sekarang ini, cuti bergaji penuh tanpa dihadkan diberikan sehingga lima anak saja.

Bukan semua kakitangan awam wanita mampu melahirkan anak melebihi enam orang. Saya juga mencadangkan tidak perlu mengkaji untuk menambah lagi cuti bersalin sehingga 90 hari atau 120 hari seperti yang diperdebatkan sekarang.

Apa yang perlu di beri perhatian ialah nasib kakitangan awam yang tidak dibayar gaji apabila melahirkan anak keenam dan seterusnya.

TAK SEMPAT BERSALIN,
Ipoh, Perak.

Mutu profesional elak bangunan rosak

Berita Harian

KESAN daripada beberapa kejadian ke atas bangunan kerajaan, Kementerian Kerjaraya kini berusaha mempertingkatkan tahap pemantauan projek khususnya dalam aspek kualiti pembinaan dan penyelenggaraan dengan mewujudkan Bahagian Juruukur Bangunan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Situasi ini jelas menunjukkan tahap kematangan kementerian berkenaan bagi memulihkan imej JKR dalam menangani kes kerosakan bangunan terutama bagi bangunan baru siap dibina.

Segala usaha itu pasti memberi banyak faedah kepada bangunan kerajaan, namun bagaimana pula nasib bangunan milik persendirian yang dibina oleh pemaju? Siapakah yang berkelayakan serta mampu mewakili mereka bagi memantau tahap kualiti pembinaan yang dilakukan oleh pemaju ke atas hartanah yang dibeli?

Pelaksanaan konsep ‘Bina dan Jual’ oleh kerajaan dalam masa terdekat ini pasti dapat mengatasi masalah rumah terbengkalai serta pembeli yang teraniaya oleh pemaju tidak bertanggungjawab memang tepat pada masanya.

Untuk memastikan kepentingan pembeli hartanah sentiasa dijaga, kewujudan Akta Juruukur Bangunan perlu dipercepatkan. Ia bertujuan untuk memastikan peranan Juruukur Bangunan diperluaskan ke peringkat kepentingan awam.

Tindakan kerajaan mempertingkat sistem penyampaian awam memang dialu-alukan, namun ia mesti dibuat secara menyeluruh agar seluruh rakyat menerima faedah yang sama tanpa mengira status bangunan yang dibina.

Perkhidmatan Juruukur Bangunan ini sebenarnya tidak akan menambah atau menyebabkan beban kewangan kepada pemilik bangunan. Pendapat ini diutarakan kerana sebahagian besar perkhidmatannya melalui perkhidmatan dengan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama untuk menyemak dan memastikan pihak tertentu yang terbabit dalam pembinaan mematuhi arahan kerajaan, undang-undang, piawaian dan peraturan yang ditetapkan.

Antara faedah yang boleh diperoleh oleh masyarakat umum, pengguna dan pemilik bangunan apabila mendapat perkhidmatan Juruukur Bangunan adalah seperti berikut:

  • Menghindari pembeli bangunan daripada mendapat bangunan rosak dan tidak mengikut piawaian atau syarat yang ditetapkan oleh undang-undang ataupun kontrak jual beli.

  • Mewakili dan melindungi hak pembeli dalam rundingan pembelian atau pemilikan sesuatu hartanah atau bangunan supaya semua syarat jual beli diteliti terutama berkaitan keadaan bangunan, kerosakan, keadaan lapuk dan kewajaran harganya.

  • Berkebolehan dalam menjalankan tugas penyiasatan bangunan dari semasa ke semasa, berkala atau secara panggilan bagi menentukan tahap keselesaan, kesihatan dan keselamatan penghuni/pengguna bangunan terjamin.

  • Menasihati dan memberi maklum balas mengenai langkah pencegahan penyenggaraan dalam reka bentuk dan mengesyorkan kesesuaian bahan binaan.

  • Membantu dalam mempercepat proses kelulusan pelan bangunan dan mewakili kerajaan dalam menyemak Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang dikeluarkan oleh arkitek/jurutera untuk tujuan pengesahan.

    Kini profesion Juruukur Bangunan mula dikenali umum dan ia juga melalui proses pengiktirafan kerajaan sebaik saja Datuk Seri S Samy Vellu menyatakan Akta Juruukur Bangunan akan diwujudkan dalam masa terdekat.

    Situasi ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan bersedia membuat satu perubahan drastik bagi mengatasi segala kelemahan dalam sistem pemantauan projek pembinaan dan penyelenggaraan bangunan yang sekian lama diamalkan di negara ini.

    Bagaimanapun, cadangan untuk meletakkan Akta Juruukur Bangunan di bawah akta tertentu perlu dielakkan kerana ia akan menyekat profesion ini daripada menjalankan tanggungjawab serta peranannya secara telus dan berkesan.

    Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberikan agar Akta Juruukur Bangunan ini dapat diwujudkan secara berasingan daripada akta lain kerana skop kerja serta profesion mereka berbeza di antara satu sama lain.

    Profesion Juruukur Bangunan adalah pelengkap kepada profesion lain seperti Arkitek, Perancang, Jurutera, Juruukur Bahan, Juruukur Tanah dan Jurunilai Hartanah dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan hartanah.

    AHMAD FAUZI MD SOOD,
    Taman Desa Sena, Tasek Gelugor.
  • Work towards a better civil service

    The Star

    I REFER to your report “Terengganu Government uses CCTVs to monitor its civil servants”, (The Star, June 11).

    It is sad that the government has to resort to threats, like using CCTVs, to ensure that staff carried out their duties for which they are paid. Isn’t the recent hike in salaries sufficient incentive for them to work efficiently?

    The plan to introduce CCTVs may seem to reinforce the common public perception that chit-chatting and lepaking (loitering) during office hours is rampant and a serious problem plaguing the civil service today.

    I remember the days when as civil servants, we did not need such threats of punitive action to carry out the tasks entrusted to us. Very often we had to work through lunch breaks and after office hours without even being paid overtime.

    The slogan “Berkhidmat untuk Negera” introduced then was an inspiration to provide quality service to the rakyat.

    What has happened to the slogan? Why has it failed to instil the dedication and proper attitude to work among civil servants today? It is timely for us to review what has gone wrong and implement measures to boost the morale of the civil service.

    CCTVs may be a brilliant idea and an innovative way to optimise information technology but it alone will not be sufficient to improve the delivery system.

    Work done by compulsion and out of fear for the superiors will not bring lasting results. Moreover, spying on subordinates may be unethical.

    For an efficient delivery system, its members should have the right attitude towards work. It should be done with love and a passion for the job

    Regrettably, these are badly lacking these days, in both the public and to some extent in the private sector.

    Rewarding the good and punishing the bad is the rule for success in any organisation. Stern action must be taken against errant workers without fear or favour.

    At the same time, truly dedicated staff must be recognised, and appropriately rewarded. This will go a long way to improve the sense of belonging and loyalty to the institution.

    DR CHRIS ANTHONY,

    Butterworth.

    CCTV bukan penentu kecemerlangan: KSN

    Berita Harian

    KUCHING: Kerajaan tidak perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua jabatan kerajaan Persekutuan bagi memantau kira-kira sejuta kakitangan awam pada waktu pejabat.

    Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata bukan CCTV yang menentukan kecemerlangan sebaliknya budaya kerja berintergriti dapat menyelesaikan masalah dan ketidakcekapan di kalangan kakitangan awam.

    "Kita tidak perlu memantau dan mengawasi (melalui CCTV) tempat kerja kakitangan awam kerana mereka mempunyai wibawa dan diterima oleh masyarakat," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Terengganu memasang 16 CCTV di kompleks pentadbiran kerajaan negeri baru-baru ini.

    CCTV berkenaan dipasang bagi tujuan keselamatan, bagaimanapun Setiausaha Kerajaan negeri Terengganu dilaporkan berkata, kamera berkenaan turut digunakan untuk memantau kira-kira 1,000 kakitangan yang bertugas di bangunan berkenaan.

    Terdahulu, Sidek menyampaikan ucaptama pada persidangan Pengurusan Modal Insan Ke Arah Sistem Penyampaian Yang Cemerlang peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

    Sidek juga berkata, ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan di seluruh negara patut memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), terutamanya mel elektronik atau e-mel untuk meningkatkan sistem penyampaian awam.

    "Kakitangan awam umumnya responsif terhadap kemudahan e-mel tetapi cabarannya ialah untuk sentiasa memastikan tindakan pembaikan dan penyelesaian terhadap isu atau aduan orang ramai diambil segera.

    "Dalam kes saya, kebanyakan daripada komunikasi saya menerusi e-mel dan saya pasti ketua setiausaha kementerian dan setiausaha negeri masing-masing juga demikian," katanya.

    Beliau berkata, kerajaan di landasan yang betul dalam menyediakan perkhidmatan `online' seperti bagi permohonan permit dan lesen dan pembayaran pelbagai cukai berikutan semakin ramai orang kini menyedari pentingnya kemudahan seumpama itu.

    Ketika berucap, Sidek berkata kebanyakan aduan yang diterima terhadap perkhidmatan awam melibatkan sikap penjawat awam yang tidak peka dan responsif mengenai pertanyaan atau aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.

    Beliau berkata sekiranya ini berterusan berlaku, ia sudah tentu memberikan imej kurang baik terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan.

    "Sudah tentu orang ramai akan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penjawat awam lebih-lebih lagi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji sektor awam pada 21 Mei yang lalu," katanya.

    Dompok syor KPKK jadi penguat kuasa

    Berita Harian



    PUTRAJAYA: Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) perlu diberi kuasa untuk memantau dan memasang peralatan keselamatan di semua 13 sektor sasaran penting di seluruh negara.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok, berkata pemberian kuasa menerusi penggubalan Akta Perkhidmatan Keselamatan Perlindungan akan membolehkan kira-kira 400 sasaran penting seperti empangan, menara telekomunikasi dan bangunan kerajaan dilengkapi kemudahan keselamatan terkini.

    Beliau berkata, KPKK kini hanya berperanan sebagai perunding yang memberi nasihat mengenai aspek keselamatan dan tidak mempunyai kuasa untuk mewajibkan pemasangan peralatan keselamatan di sasaran penting berkenaan.

    “KPKK memerlukan kuasa itu dan satu akta perlu diwujudkan untuk memberinya kuasa sebagai pengua tkuasa seperti The Security Service Act yang diguna pakai di United Kingdom.

    “Memang sudah ada beberapa akta di bawah KPKK, tetapi ia hanya terhad kepada dokumen kerajaan dan bukan sasaran penting yang membabitkan bangunan dan lokasi yang boleh mengancam keselamatan negara jika dicerobohi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan dan poster keselamatan perlindungan di sini semalam.

    Hadir sama, Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Johari Jamaluddin dan Timbalan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (Operasi), Mohd Ismail Ahmad.

    Terdahulu, dalam ucapannya Dompok berkata, pembaharuan teknologi perlu disusuli sistem perundangan yang komprehensif bagi menjamin keselamatan rahsia dan sasaran penting negara.

    “Penguatkuasaan Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Tandatangan Digital 1997 umpamanya membolehkan kerajaan mengawal penyebaran maklumat khususnya yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

    Sementara itu, Johari berkata Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting sedang menyediakan kajian penubuhan pusat itu untuk dikemukakan kepada Kabinet untuk kelulusan.

    Katanya, penubuhan pusat itu dengan kerjasama Cyber Security Malaysia (CSM) itu mampu meningkatkan keyakinan pelabur berhubung keselamatan penggunaan ICT di negara ini.

    “Selain melaksanakan tugas penyelarasan, ia memudahkan tindakan jika berlaku sebarang gangguan terhadap mana-mana sasaran penting termasuk menerusi internet," katanya.

    Tahniah kakitangan berkualiti cemerlang

    Utusan Online

    SAYA ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada kakitangan di Pejabat Agama Islam Shah Alam atas kualiti cemerlang mereka kepada orang awam.

    Ingin saya mencoretkan di sini pengalaman ketika berurusan di pejabat tersebut yang terletak di tingkat satu Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam.

    Saya telah beberapa kali berurusan di sana dan mengikut pemerhatian saya kualiti perkhidmatan yang ditawarkan amat memuaskan.

    Kemesraan kakitangannya dapat dilihat dari kaunter pengawal keselamatan lagi. Apa yang saya dapati budaya kerja di jabatan tersebut boleh dipuji serta dicontohi.

    Pada 13 Jun yang lalu saya bersama seorang kawan telah berurusan di pejabat berkenaan untuk menguruskan hal berkaitan perkahwinan.

    Kami datang lewat kerana menguruskan beberapa perkara lain sebelum itu dan tiba di sana sudah hampir waktu rehat makan tengah hari iaitu pukul 12.40 tengah hari.

    Petugas dan kakitangan di sana tanpa banyak kerenah birokrasi memproses permohonan tersebut dan mengambil masa tidak sampai sejam untuk menyiapkannya.

    Saya berkali-kali meminta maaf kerana mengganggu masa rehat mereka tetapi mereka menjawab tidak mengapa.

    Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kakitangan di sana atas budaya kerja yang efektif serta memudahkan orang awam berurusan di sana.

    Semoga tatacara kerja yang baik ini diteruskan dan dicontohi oleh pejabat awam yang lain.

    – YUNOS ISMAIL,

    Kuala Lumpur.

    14 June 2007

    CIVIL SERVANTS’ BENEFITS: Stop demanding more perks

    NST
    V.G. Ipoh

    THE government has just given civil servants a massive pay rise. While we are still digesting that news, the civil servants are at it again.

    They now want first-class maternity wards for everyone. They want longer maternity leave and longer time to serve in the government service. What else? Do they want an allowance for every child born? Do they want to serve until they are 100? Are they so indispensable?

    What is going to happen to the thousands and thousands of unemployed graduates and school leavers?

    Civil servants should be thankful that they are employed with perks and privileges that no other sector offers. They should realise that private sector employees do not get a housing loan. They do not get a cost of living allowance. They do not get a pension. The fear of retrenchment hangs over them like the sword of Damocles.


    With so many perks and privileges, what else do the civil servants want? Chauffeur-driven cars for all?

    It is time civil servants realised that they owe the government a living and not the other way round. They should stop demanding more and more perks and irritate the man on the street who expects good service.

    They should show the public that they deserve the pay rise by changing their mindset to work harder and serve the public better.

    Siar nama jejas imej sektor awam

    Berita Harian

    SAYA berpendapat cadangan kerajaan mendedahkan nama kakitangan awam menyeleweng adalah kurang wajar dan tidak berhikmah. Secara peribadi semua pihak sewajarnya menilai semula langkah ini kerana ia jelas mengaibkan orang lain dan keluarganya, walaupun pada dasarnya bertujuan memperbaiki mutu perkhidmatan awam.

    Sudah pasti perkara ini akan mendatangkan tohmahan daripada masyarakat terhadap sektor awam lantaran gagal menyediakan pegawai yang dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan apabila senarai nama mereka yang menyeleweng dikeluarkan kelak.

    Ia juga akan memberi beban psikologi teruk ke atas individu terbabit. Apabila perkara seperti ini berlaku, pegawai ataupun pihak terbabit sudah pasti mengalami perasaan rendah diri di tempat kerja dan hilang kualiti prestasi lantaran imej tercemar.

    Mereka juga kemungkinan akan hilang rasa untuk dihormati rakan sekerja kerana kekuatan kendiri akan terhakis apabila nama tersenarai sebagai individu yang pernah ataupun baru menyeleweng dan kemudian terbukti bersalah.

    Bukankah sektor awam sekarang memiliki rangkaian perkhidmatan kaunseling yang tentu mampu menurunkan peratusan penyelewengan kakitangan awam. Semua pihak perlu sedar bahawa masih banyak lagi alternatif yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap integriti penjawat awam, umpamanya dengan mewajibkan mereka menghadiri kuliah agama ataupun slot moral bagi bukan Islam setiap Sabtu sebagai syarat tambahan kepada penilaian tahap kecekapan.

    Ini juga mungkin boleh digunakan sebagai indikator untuk tujuan pemberian bonus tahunan, kenaikan pangkat, kenaikan gaji atau apa-apa perkara yang difikirkan sesuai untuk meningkatkan tahap keprihatinan penjawat awam kepada amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

    Mari kita semua bayangkan seandainya nama kita yang tersenarai sebagai orang yang menyeleweng itu, dapatkah kita bayangkan betapa malu dan jatuh air muka kita pada masa berkenaan.

    Apakah perasaan yang bermain pada minda kita apabila berada di depan rakan sekerja yang lain. Bagaimanakah anak kita berdepan dengan rakan mereka di sekolah, takkanlah mereka yang tidak berdosa ini patut diberikan bebanan psikologi yang dahsyat kerana kesalahan ibu atau bapa mereka.

    Saya menyeru agar kita semua betul-betul menghayati apa dianjurkan Islam dalam amalan hidup dan jika kita mentaatinya sudah pasti hidup kita semua aman dan sentosa. Mampukah kita berkata-kata mengenai keburukan orang lain dan bermegah dengan diri sendiri, jika sekiranya Allah mendedahkan keburukan yang pernah kita lakukan sepanjang kita hidup di atas muka bumi ini.

    JOWEL NOOH,
    Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    Cadangan mansuh PTK langkah ke belakang

    Berita Harian

    PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan cadangan Cuepacs supaya peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan, sebagai satu langkah ke belakang dan berpandangan sempit.

    Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam, berkata perkhidmatan awam sukar melahirkan pekerja berilmu dan berkelas dunia tanpa ada penilaian dari semasa ke semasa terhadap tahap kecekapan kakitangannya.

    “Cuepacs tidak boleh berpandangan sempit dengan melihat habuan terdekat iaitu soal kenaikan gaji dan pangkat saja apabila bercakap mengenai PTK,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini, semalam.

    Baru-baru ini Cuepacs meminta PTK dimansuhkan dengan alasan antaranya soalan tiada kaitan bidang kerja, tiada jaminan kenaikan gaji dan pangkat walaupun selepas lulus PTK dan peperiksaan itu tidak menggambarkan kecekapan sebenar seseorang kerana ada yang lulus, tetapi tidak cekap dan sebaliknya.

    PTK ialah komponen Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diperkenalkan 1 November 2002 dengan tujuan utama untuk menggalakkan kemajuan diri menerusi pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi.

    Ismail berkata, kecekapan seseorang itu tidak dapat diukur kecuali dengan adanya satu sistem penilaian.

    Katanya, cadangan Cuepacs supaya PTK digantikan dengan Sistem Pengembangan Profesional Berterusan iaitu pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus dan induksi saja tidak memadai tanpa adanya aspek penilaian.

    “Kalau kita belajar saja dan kita tidak diuji, maka kita tidak tahu sejauh mana kefahaman, impak dan aplikasi ilmu itu,” katanya.

    Beliau berkata, PTK diwujudkan supaya ilmu yang diberi dapat dinilai dan akhirnya menyumbang ke arah meningkatkan prestasi jentera kerajaan.

    “Tambahan pula, peperiksaan dan penilaian dalam PTK boleh dibuat dalam bentuk esei, aneka pilihan, amali, pemerhatian dan ujian lisan,” katanya.

    Sambil memberi analogi pemain badminton perseorangan negara, Lee Chong Wei yang mempunyai ranking tertentu dan Malaysia mempunyai ranking dalam kalangan negara perdagangan dalam dunia yang kompetitif, Ismail berkata, kakitangan awam pun perlu mempunyai ranking.

    Ismail juga mengakui bahawa memang benar lulus PTK tidak menjamin kenaikan gaji atau pangkat secara mutlak. – Bernama

    Varsities identify 599 academics

    The Star

    PUTRAJAYA: Public universities identified 599 for academic staff positions over a three-day recruitment fair organised by the Higher Education Ministry at KL Sentral last month.

    Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed said of this number, 125 had been appointed immediately.

    “A majority of these people have working experience in the public and private sectors and some have even worked overseas,” he said after chairing his ministry's post-Cabinet meeting yesterday.

    The 125 had been offered positions in Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia and Universiti Sains Islam Malaysia.

    Mustapa said the universities also offered scholarships to 255 to do their PhDs and 219, their masters.

    Of the total, there are 389 bumiputras, 203 non-bumiputras and seven foreigners.

    On another matter, Mustapa said the Cabinet had approved the Malaysian Qualifications Agency (MQA) Bill in principle at its meeting yesterday.

    “There are some minor changes but I hope to table it for the first reading at the coming Parliament session beginning next week,” he said.

    The long-awaited Bill will see the merger of the National Accreditation Board and the ministry’s Quality Assurance Division, which will lead to the establishment of the MQA.

    On another matter, Mustapa said the ministry had set up an overseas promotions council – to attract more international students to Malaysia – which would hold its first meeting early next month.

    He said, there were now 52,000 international students in public and private universities and the number was expected to rise to 66,000 by next year.

    Pekeliling gaji, elaun dikeluar Sabtu

    Berita Harian

    KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling gaji matriks baru lebih sejuta kakitangan awam hujung minggu ini bagi membolehkan mereka mengetahui dengan tepat gaji dan elaun baru yang bakal diterima bulan depan.

    Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam, berkata JPA juga sudah berbincang dengan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan kedua-duanya turut bersetuju mengeluarkannya pada masa sama.

    Katanya, pekeliling berkenaan akan memuatkan jadual gaji baru selaras keputusan kerajaan berhubung kenaikan gaji diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    “Pekeliling ini akan kita masukkan ke laman web JPA Sabtu ini. Pada peringkat jabatan, mereka sudah mendapat pekeliling ini untuk membolehkan mereka membuat penukaran dan bulan depan bahagian kewangan boleh membuat kira-kira,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Pada 21 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan lebih sejuta kakitangan awam akan menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus, manakala kadar Bantuan Sara Hidup atau Cola dinaikkan 100 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini.

    Sementara itu, di GUA MUSANG, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya tidak mahu lagi melihat kakitangan kerajaan membuat kerja sambilan mulai 1 Julai ini kerana semakan gaji yang diumumkan kerajaan sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka.

    Katanya, jentera Cuepacs peringkat pusat dan negeri akan memantau kakitangan awam bagi memastikan mereka akur dengan nasihat itu demi meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan awam.

    “Kakitangan kerajaan yang masih melakukan kerja sambilan, sama ada pada waktu bertugas atau selepas waktu kerja disaran supaya berhenti berbuat demikian serta-merta.

    "Kami mahu bersihkan imej tidak baik kakitangan awam selama ini dan akan memberikan khidmat terbaik dan berkualiti kerana itu janji kita kepada kerajaan yang sudah memberi pelbagai keistimewaan dalam semakan gaji baru yang boleh dinikmati akhir Julai nanti,” katanya selepas Majlis Bersama Presiden Cuepacs di Pusat Sivik, di sini, semalam.

    Beliau berkata, pihaknya akan melawat setiap negeri untuk menjelaskan kepada semua kakitangan awam mengenai kejayaan mendapatkan semakan gaji baru.

    Kakitangan awam sumbang RM1 sebulan bantu masyarakat

    Utusan Online

    Oleh Zulkifli Abdullah

    KUALA LUMPUR 13 Jun – Kakitangan sektor awam sedia memberi sumbangan RM1 sebulan kepada CUEPACS mulai bulan depan untuk disalurkan kepada ahlinya dan masyarakat umum yang memerlukan bantuan kewangan.

    Langkah itu diambil sebagai tanda berterima kasih kepada kerajaan yang memberi kenaikan gaji antara 7.5 hingga 42 peratus baru-baru ini.

    Hasrat itu dinyatakan kepada Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dalam beberapa sesi penerangan kesatuan sekerja itu yang dijalankan di seluruh negara.

    Bagi menyahut keinginan ahli-ahlinya, CUEPACS mengambil inisiatif mewujudkan sebuah dana dikenali sebagai Tabung Kebajikan dan Amal CUEPACS yang akan diuruskan oleh sebuah jawatankuasa bagi menentukan bentuk bantuan dan kriteria bagi menyalurkan dana dalam tabung itu.

    Dengan bilangan kakitangan awam seramai 1.2 juta di seluruh negara, kutipan untuk tabung itu boleh mencecah lebih RM1 juta sebulan jika semua kakitangan awam menunjukkan komitmen mereka terhadap tabung itu dengan menyumbang RM1 sebulan.

    “Cetusan idea untuk menubuhkan tabung ini dibuat hasil cadangan yang dikemukakan sendiri oleh kakitangan awam yang berasa mereka patut memberi sumbangan kepada CUEPACS selepas menikmati gaji baru.

    “Apa yang lebih membanggakan, idea itu juga disuarakan oleh pekerja-pekerja kontrak dalam sektor awam yang turut menerima kenaikan gaji baru.

    “Mereka berpendapat sudah sampai masanya keprihatinan kerajaan dibalas dengan menubuhkan tabung khas itu bagi meringankan beban kakitangan lain dan masyarakat pelbagai kaum yang memerlukan bantuan,” kata Omar kepada Utusan Malaysia.

    Pada 21 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5 hingga 35 peratus manakala anggota polis dan tentera pula menikmati kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus berkuat kuasa 1 Julai ini.

    Menurut Omar, cadangan penubuhan tabung itu telah dibawa kepada pengetahuan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan tersebut.

    Dengan wujudnya tabung itu, Omar berkata, ia bukan sahaja dapat digunakan untuk kebajikan kakitangan awam malah dapat disalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

    Tambahnya, langkah itu membuktikan komitmen kakitangan sektor awam untuk bersama-sama kerajaan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan seperti orang kurang upaya, keluarga miskin dan anak-anak yatim.

    Pada masa yang sama, katanya, dana itu juga boleh disumbangkan kepada kakitangan awam untuk membaiki kebajikan dan pendidikan anak-anak mereka termasuk pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

    Ditanya mengenai kutipan sumbangan itu, Omar memberitahu, jawatankuasa tabung CUEPACS akan menyediakan akaun khas bagi membolehkan mana-mana kakitangan awam yang hendak memberi sumbangan memasukkan wang mereka ke dalam akaun berkenaan.

    Beliau yakin kakitangan awam tidak keberatan menghulurkan sumbangan RM1 sebulan untuk tujuan kebajikan.

    “Penglibatan setiap pekerja sektor awam amat perlu kerana setakat ini tiada tabung khusus diwujudkan bagi membantu mereka. Jika berlaku kemalangan mereka hanya diberi sumbangan berdasarkan kepada derma kilat,” ujarnya.

    13 June 2007

    When Diplomats behave like rotten UMNO politicians

    Malaysia Today
    By Al Haqeem SB, Dubai

    I am a new Malaysian expatriate in UAE with a high expectation on our diplomatic staff in Dubai and Abu Dhabi. My previous experiences in other countries dealing with embassy and consulate staff are mixed but nothing like in the UAE.

    The unfriendly attitude of the staff of Malaysian nationals towards fellow Malaysians is something to be checked with empathy by the Foreign Affairs ministry. It is shocking that as diplomats and being paid by rakyat, they are just behaving like rotten UMNO politicians by classifying Malaysians in UAE as ‘our camp’ and ‘others’.

    The current chats on www.malaysian-uae.com show how deep are the chasms between the reclusive diplomats and the other Malaysian expatriates who do not belong to so-called ‘our camp’. Not only those who are assumed as not in ‘our camp’ being ignored as non-persona grata, not invited to their exclusive official makan-makan (funded by government) and but also cannot be seen mixing together in any activities.

    Is apartheid still alive and kicking in our own society, even importing “Malaysian negative values’ abroad?

    When some of us inquired about the pending return of one senior trade diplomat in Dubai, the information was withheld without any explanation as it was a secret mission. Farewell function was held and invitations as usual were only for those in ‘our camp’.

    Some seniors here mentioned that most of the social and sport activities are organized by a group of Malaysian professionals without any contributions by our diplomats, either personal or official capacities. I was also informed that even invited as guests; these diplomats were directed by their almighty boss (ambassador) to keep away from ‘others’ activities.

    According to my sources, this boss had the same stigma when he was in previous diplomatic assignment in Africa. He is just too proud of being a diplomat and presumably has his own class that avoids him from being friendly to other fellow Malaysians. He is only nice to people who is ‘higher’ in ranking even though most of times acting as a bag carrier or a tourist guide to these higher ranking officials or businessmen.

    On the records, the boss has nothing to show for any positive contributions towards Malaysia-UAE relations. According to a former diplomat, when PM was here visiting in 2005, it was a diplomatic blunder by landing in Dubai, instead of Abu Dhabi as the capital city and more powerful emirate. There was no secret that PM was ignored at federal level due to this error of judgment and it seemed our diplomats were on holidays all this while.

    With the ongoing 50 years independence celebration, it is very sad that our diplomats here are still conditioned by Malaysia’s political landscape. For God’s sake, they are diplomats with certain roles, responsibilities and missions to play especially for all Malaysians living and working in UAE and please leave their politic inclinations at home.

    One of these diplomats dares to whisper that if they (diplomats) do not take care of ‘Malaysian oppositionists’ here, some rewards are waiting when they return to Malaysia such as job promotions and business deals.

    This is ridiculous, moronic, plain dumb and out of this world’s mission.

    The best is not only to replace these unworthy servants of rakyat, but also to punish them by sending them to rural areas to serve!

    Rela members just a bunch of ‘little Napoleans’

    The Star

    THE article “Ever Rela to help” (Sunday Star, June 10) on the interview with Rela director-general Datuk Zaidon Asmuni left me speechless.

    It gave a good insight into how out of touch with reality the organisation is. Some of the answers given by the good DG were downright insulting.

    His opinions on how all Caucasians are tourists and every other foreigner is a suspected illegal very accurately reflects the severity of his and the organisation's narrow mindedness and blatant stereotyping.

    It was also “reassuring” to know that all the so-called good work done by Rela is by volunteers who receive no screening or training whatsoever.

    And what is the prerequisite for being a volunteer? One has to be above 16 years old.

    The icing on the cake is the final statement in the interview that Rela is doing a good job and that the whole world knows about Rela.

    The truth of the matter is Rela consists of a group of “little napoleons” and glory hunters who think that they have a God-given power to do as they please.

    The only reason the world knows about you Rela is because you are an embarrassment to Malaysia. Please disband immediately; we don’t need your services.

    SH,
    Kuala Lumpur.


    CCTV monitoring not ethical

    The Star

    READ with great interest the article by R.S.N. Murali on the move by the Terengganu Government to monitor workers using CCTV. This is an erosion of the personal liberties of civil servants in Terengganu and of Malaysians in general.

    While the civil servants may not exactly be model workers in the eyes of most Malaysians, they still deserve to be treated with some dignity and respect, not like criminals whose every movement must be monitored.

    Even hardcore criminals in our prisons and detention centres are not subject to round-the-clock surveillance such as this.

    What are the safeguards against the surveillance system being abused by people with dubious motives?

    The recent case of the CCTV being aimed at the hemline of a journalist in Penang is an example of what could happen if this system is implemented.

    I also find it degrading that only the so-called “lower” level of the public administration is to be subjected to this degrading treatment.

    What about the top civil servants? How sure are we that they are also doing their fair share of work?

    Or will they substitute their favourite past time of playing golf with the new toy and entertain themselves by spying on their lesser-paid colleagues?

    And how about the politicians? Suggestions to air parliamentary debates have been shot down, much less any idea of spying on them in their private chambers.

    Technology is no substitute for good work ethics.

    Hardworking and conscientious workers will be productive regardless of whether people are spying on them or not.

    Conversely, lazy and irresponsible workers will find ways to circumvent any technology used to keep them in check. It is not too difficult to make sure that CCTV develop perpetual “technical malfunctions”.

    This new “innovation” by the Terengganu government is not very imaginative and only has short-term PR value.

    I predict it will end up as a futile exercise in improving productivity but very effective in spending taxpayers’ money.

    SURIN SUKSUWAN,
    Lausanne, Switzerland.


    1,500 vacancies in Mara

    The Star

    KUALA TERENGGANU: Mara has 1,500 posts that needed to be filled.

    Mara council member Datuk Dr Rosli Mat Hassan said they included 1,200 professional posts. The others are for the support group.

    He said the vacancies would be publicised soon but job aspirants can submit their applications from now.

    “We expect an overwhelming response when the openings are published in the newspapers,” said Dr Rosli, who is Dungun MP and chairman of Yayasan Pelajaran Mara.

    The vacant posts, he added, included those at several Mara colleges.

    He said Mara initially had 9,913 vacancies but 8,299 have since been filled.


    CORRUPTION: Instil values early on

    NST

    Abdul Aziz Saad

    I REFER to the commentary by Tunku Abdul Aziz ("Where justice was swift and sure" — NST, May 27).

    Although I left the Forestry Department some 25 years ago, I was jolted by some of the statements made by Tunku Abdul Aziz about forest officers and corruption.

    Any ex-officer, and the incumbent for that matter, would feel uncomfortable with the statement, although to all intents and purposes, he meant well.

    I agree that Sulaiman Nor- din, the forest officer mentioned in the commentary, was an honest, hardworking and principled man. But there were also many others who shared the same attributes.

    To say "he was not going to be part of corruption, no matter what the material cost to him personally. He resigned, as he had obviously become the odd man out, and knew that the Department of Forestry was not an option for an honest professional", is to insinuate that everybody in the department was bad.
    This is not fair to many officers of the department.

    There is no denying that corruption existed in the department.

    For as long as there are opportunities and unprincipled people who succumb to greed, lust and temptation, corruption is here to stay.

    Accepting the fact that corruption cannot be obliterated altogether, how do we go about suppressing it?

    There is no shortage of rules and regulations under the relevant laws to deal with corruption.

    Logically, full enforcement is the solution.

    But again, the elements of dishonesty, favouritism and shenanigans can still creep in to negate its effectiveness.

    It looks like while all steps and efforts are taken to fight corruption in the present circumstances, the future generation needs to be imbued with moral and social values and principles, so as to be opposed to corruption from the very beginning.

    Schools are the right starting point.

    Sukan pereratkan hubungan kakitangan awam

    Berita Harian

    KOTA KINABALU: Penganjuran pesta sukan di kalangan kakitangan awam mampu menjadi wadah untuk golongan itu berinteraksi dalam suasana mesra dan penuh semangat kekeluargaan.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata kesibukan bekerja menyebabkan kakitangan awam tidak mempunyai masa untuk beriadah dan berinteraksi sesama sendiri walaupun berada dalam satu jabatan.

    Sehubungan itu, katanya, acara seperti pesta sukan memberi peluang kepada mereka berkumpul sekali gus membabitkan diri dengan aktiviti sukan dan riadah.

    "Jadikan pesta sukan sebagai landasan mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ada kalanya kakitangan awam terpaksa memperuntukkan lebih masa untuk menyelesaikan tugas sehingga tiada masa bersama keluarga atau rakan sekerja," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Sukan Dwitahunan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan seluruh negara kesembilan di Dewan Kompleks Sukan Likas, kelmarin.

    Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

    Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Yusoff Datuk Mohd Kassim; Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Supiah Mohd Yusof dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

    Pesta sukan 11 Jun hingga 16 Jun itu disertai kontinjen mewakili pejabat kewangan dan perbendaharaan seluruh Malaysia.

    Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, keberkesanan dan tumpuan terhadap kerja boleh terganggu jika pekerja mengalami masalah kesihatan.

    "Saya harap kakitangan awam meluangkan masa untuk bersukan supaya anda dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang," katanya.

    Jasa pekerja kontrak wajar dihargai

    Berita Harian

    SAYA merujuk kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang disiarkan pada 11 Jun lalu dan surat yang ditulis oleh ‘Ex-PT41 Kontrak’ dari Kuala Lumpur.

    Pengambilan kakitangan kontrak ini sebenarnya ada sejarah dan kronologi tersendiri. Enam hingga 12 tahun lalu, sektor perkhidmatan berkembang dengan baik dan ia berkait rapat dengan perkembangan sihat ekonomi dan kestabilan politik negara.

    Keadaan ini membuatkan beban kerja di kebanyakan jabatan kerajaan meningkat berlipat ganda. Banyak jabatan kerajaan yang kekurangan kakitangan terpaksa membuat pengambilan kakitangan secara kontrak bagi memenuhi permintaan pasaran buruh sektor perkhidmatan di jabatan masing-masing.

    Pengambilan kakitangan kontrak ini perlu dilakukan segera pada ketika itu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat tidak tergendala. Pada waktu itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu dirujuk sekiranya mana-mana jabatan, kementerian, kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan mahu mengisi jawatan kosong atau mewujudkan jawatan tetap.

    Ia mungkin berkait rapat dengan Dasar Pengecilan Sektor Awam yang diperkenalkan pada awal 1990. Amat sukar untuk mengisi kekosongan jawatan ketika itu. Apatah lagi sekiranya mahu mewujudkan jawatan baru.

    Hanya mereka yang terbabit mengetahui betapa mendesaknya keperluan mereka untuk membuat pengambilan kakitangan. Dalam masa sama, proses permohonan mewujudkan jawatan baru kepada JPA pula sentiasa diproses pada landasan birokrasi yang tenat.

    Masa diambil juga bukan singkat, malah sama usia dengan tempoh mereka yang memegang jawatan kontrak itu sendiri. JPA adalah badan yang mengkaji keperluan bagi mewujudkan sesuatu jawatan tetap, manakala SPA pula badan diamanahkan untuk membuat pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong apabila diperlukan. Begitulah yang difahami mengenai fungsi kedua-dua badan berasingan itu.

    Pada awal 1990, berlaku ledakan teknologi maklumat. Kerajaan menggesa agar tidak ada rakyat Malaysia tercicir daripada menguasai dan memiliki kemahiran dalam teknologi maklumat, termasuk segala jentera dan agensi kerajaan.

    Pengambilan secara besar-besaran kakitangan teknologi maklumat secara kontrak perlu dilakukan segera bagi menampung keperluan yang begitu mendesak. Mereka yang dilantik diberikan harapan akan diberi keutamaan dalam pengisian jawatan tetap apabila jawatan tetap berkenaan diluluskan.

    Mereka diyakinkan bahawa keperluan kepada jawatan yang mereka sandang adalah berterusan. Tidak ada sebab kontrak mereka ditamatkan.

    Malangnya, mereka yang menyumbang jasa dan bakti begitu lama kepada kerajaan tidak diberikan perhatian. Mereka sedang membesarkan dan menyekolahkan anak dengan hasil pekerjaan secara kontrak dengan kerajaan.

    Ada satu keadaan iaitu kakitangan kontrak yang cuba memohon jawatan tetap melalui SPA, secara tidak sengaja dipanggil untuk temu duga. Bagaimana pula kedapatan panel memberitahu bahawa calon adalah kakitangan kontrak yang berpeluang diserapkan ke jawatan tetap?

    Sikap ‘Little Napoleon’ SPA dalam urusan pengambilan kakitangan baru dengan menafikan segala jasa, pengalaman, pengorbanan dan kebajikan kakitangan kontrak amat dikesali. Jika mahu memberitahu bahawa kuasa mutlak untuk melantik kakitangan kerajaan terletak pada bidang kuasa SPA pun, bukan ini caranya.

    Jika mahu mengajar pihak yang tidak ada kuasa melantik supaya tidak melantik kakitangan secara sendiri pun, bukan ini pendekatannya. Mangsa yang terhasil daripada ‘Little Napoleon’ bukan saja kakitangan kontrak yang diberhentikan, malah anak, isteri dan keluarga mereka turut terasa kesannya.

    Memburukkan lagi keadaan, apabila jawatan tetap ini diisi oleh kakitangan baru, kakitangan kontrak ditamatkan kontraknya. Jika setakat kakitangan kontrak ini masih kekal dengan status kontraknya, ia tidaklah mengundang masalah lain yang lebih kritikal.

    SPA seolah-olah mahu mengurangkan masalah pengangguran kalangan lepasan universiti yang masih bujang dengan mencipta pula masalah pengangguran kalangan mereka yang sudah berkahwin dan sedang membesarkan anak.

    Sistem sosial secara keseluruhannya akan terbabit kerana bukan sedikit kakitangan kontrak yang terbabit dengan dasar pengambilan lapuk ini. Ia perlu disemak semula dan campur tangan politik yang aktif.

    Kenyataan bahawa pengalaman tidak menjadi asas pelantikan di sektor awam perlu disemak semula.

    Kaedah ambil yang tetap dan tamatkan yang kontrak seperti dilakukan sekarang perlu dikaji dan diberi perhatian oleh semua pihak, terutama kepemimpinan tertinggi kerajaan.

    BAKAL MANGSA,
    Kuala Selangor.

    Dedah nama kakitangan awam

    Berita Harian

    CADANGAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyiarkan nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau melakukan kesalahan tatatertib dalam akhbar tempatan mungkin kurang disenangi penjawat awam. Namun, seperti kata Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam, kelmarin, langkah itu dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan sudah diambil ke atas mereka yang melanggar etika. Pelaksanaan cadangan itu sedang dikaji JPA bagi membuktikan kerajaan mengamalkan pentadbiran telus dan bersungguh-sungguh terhadap usaha meningkatkan sistem penyampaian. Tindakan itu, jika dilaksanakan diharap dapat mengurangkan masalah disiplin di kalangan kakitangan awam atau setidak-tidaknya memberi kesedaran kepada kakitangan lain agar terus bekerja dengan jujur dan penuh disiplin apa lagi dengan kenaikan gaji yang bakal mereka nikmati bermula bulan depan. Bagaimanapun, JPA tidak menjelaskan butiran jenis kesalahan tatatertib atau penyalahgunaan kuasa yang membolehkan nama pegawai dan kakitangan terbabit, disiarkan. Jika kesalahan jenayah yang boleh diheret ke mahkamah seperti rasuah, rogol atau rompakan terutama jika membabitkan pegawai tinggi, akhbar dengan sendiri menyiarkannya tanpa perlu diminta JPA.

    Memang selama ini, setiap kementerian atau jabatan mempunyai lembaga tatatertib yang bertanggungjawab mengadili dan menjatuhkan hukuman terhadap kakitangan mereka yang menghadapi masalah disiplin. Antaranya membabitkan kakitangan ponteng, tidak datang ke pejabat tanpa cuti atau kebenaran. Bagi kes membabitkan salah laku rasuah, sepanjang 2002 hingga 2006, seramai 589 kakitangan awam sudah dikenakan tindakan disiplin. Mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tata Tertib) 1993, pegawai yang melakukan kesalahan tatatertib boleh dikenakan tindakan sama ada diberi surat amaran, denda, lucut hak gaji, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang kerja. Sebenarnya, banyak lagi kes tata tertib yang perlu ditangani. Antaranya, JPA boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai kerajaan yang dikesan gagal menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Baru-baru ini, seorang timbalan menteri mendedahkan kira-kira 10,000 pegawai pelbagai jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesan belum membayar balik pinjaman PTPTN kerana beranggapan mereka boleh mengelak dikenakan tindakan. Sebelum ini, beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyiarkan nama mereka yang masih berhutang di akhbar dan kesannya agak positif.

    Kita berharap, cadangan JPA menyiarkan nama mereka yang melanggar disiplin itu turut merangkumi kakitangan awam yang ingkar dan liat membayar balik pinjaman PTPTN. Keingkaran mereka boleh menyekat peluang orang lain dan kesannya lebih buruk daripada individu yang tidak datang bertugas. Namun, ketika JPA sedang mengorak langkah ke arah itu, Biro Pengaduan Awam (BPA) yang diberi kuasa bertindak terhadap agensi kerajaan yang enggan bekerjasama menyelesaikan aduan daripada orang ramai, harus digerakkan lagi. Langkah seiring JPA dan BPA diperlukan bagi memantapkan sistem penyampaian awam walaupun pendekatannya berbeza. JPA harus meneliti baik buruknya dan berbincang dengan Cuepacs untuk memastikan satu mekanisme paling sesuai dan wajar bagi menghukum pekerja yang melanggar disiplin. Dari satu sudut, tindakan seperti itu mungkin menghina dan memalukan kakitangan terbabit termasuk maruah keluarga mereka, selain mendedahkan lebih banyak kelemahan dan integriti sesebuah jabatan atau agensi terbabit.

    Cuepacs bantah dedah senarai pegawai kena tindakan disiplin

    Berita Harian

    KUALA LUMPUR: Cuepacs yang membantah tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mahu menyiarkan nama pegawai dan kakitangan awam yang dikenakan hukuman atau tindakan disiplin dalam akhbar menyifatkan cadangan itu tidak munasabah dan menghina kakitangan terbabit dan keluarga mereka.

    Presidennya, Omar Osman, berkata walaupun Cuepacs setuju cara JPA yang mahu menjadikan pentadbiran kerajaan telus, menghukum kakitangan awam sedemikian tidak wajar, lebih-lebih lagi selepas dikenakan tindakan pentadbiran.

    Katanya, menyiarkan nama bukan cara terbaik menunjukkan ketelusan pentadbiran kerajaan, sebaliknya akan mendedahkan lebih banyak kelemahan dan integriti sesebuah jabatan atau agensi terbabit.

    “Kami tidak setuju cadangan JPA untuk menyiarkan nama pegawai dan kakitangan awam yang dibuktikan bersalah melanggar undang-undang dalam akhbar kerana ia seolah-olah menghina kakitangan terbabit dan maruah keluarga mereka. Cukuplah dengan tindakan dalaman.

    “Bayangkan kalau pegawai atau kakitangan terbabit dibuang kerja, sudahlah hilang pencen, nama pula didedah kepada umum. Apakah untung melaksanakannya?”, katanya ketika dihubungi semalam.

    Semalam akhbar melaporkan JPA akan menyiarkan nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau melakukan kesalahan tata tertib di dalam akhbar tempatan.

    Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam, berkata langkah untuk menyiarkan nama kakitangan awam yang melanggar etika dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan yang sudah diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa atau melakukan kesalahan tata tertib.

    Ketua Komunikasi Korporat JPA, Hasniah Rashid, berkata cadangan itu sedang diperhalusi dan dirujuk kepada pengerusi lembaga tata tertib pada semua kementerian kerana hanya lembaga itu bertanggungjawab menjatuhkan hukuman atau mengambil tindakan disiplin.

    Omar berharap hukuman atau tindakan terhadap pegawai dan kakitangan awam yang melakukan kesalahan di luar Perintah Am perlu dibincang bersama Cuepacs kerana ia badan bertanggungjawab menaungi dan membela nasib kakitangan awam semua peringkat.

    “Kami mahu dibawa berbincang dengan JPA dan lembaga tata tertib semua kementerian sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya.

    Siar nama tiada niat buruk: KSN

    Berita Harian


    Dedah senarai kes disiplin dalam akhbar sebagai pengajaran

    KOTA KINABALU: Kerajaan tiada niat buruk dengan menyiarkan nama pegawai dan kakitangan awam yang dibuktikan bersalah melanggar undang-undang dalam akhbar, sebaliknya langkah itu lebih cenderung menjadi pengajaran kepada 1.2 juta kakitangan awam.

    Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, menegaskan langkah menyiarkan nama pegawai dan kakitangan dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau melakukan kesalahan tatatertib itu bertujuan menghalang lebih ramai kakitangan awam terbabit dalam kegiatan negatif.

    Bagaimanapun, beliau mengingatkan masyarakat tidak adil jika mereka menyifatkan keseluruhan perkhidmatan awam sebagai sektor bermasalah kerana hanya sebilangan kecil yang terbabit dalam kegiatan negatif.

    Langkah itu juga, katanya, bertepatan dengan konsep syurga dan neraka dalam Islam, iaitu balasan untuk mereka yang melakukan kebaikan dan kejahatan.

    "Dalam organisasi yang sebegini besar, harus ada penjawat awam yang kurang berdisiplin walaupun hampir keseluruhannya baik.

    "Justeru, tidak salah menyiarkannya sebagai iktibar bagi yang bersalah dan tidak bersalah.

    "Dalam Islam ada syurga dan neraka... yang baik masuk syurga dan yang sebaliknya ke neraka," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan 300 ketua jabatan dan pegawai agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Likas. Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Ismail Wadin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk KY Mustafa.

    Mohd Sidek bagaimanapun enggan menjelaskan bilangan pegawai dan kakitangan awam yang sudah diambil tindakan kerana melanggar undang-undang atau peraturan perkhidmatan awam.

    Kelmarin, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dilaporkan berkata, jabatan itu akan mengambil tindakan berkenaan bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan yang sudah diambil terhadap mereka.

    Pelaksanaan cadangan itu, katanya, sedang dikaji JPA bagi membuktikan pentadbiran kerajaan telus dan memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan sistem penyampaian.

    Selepas berbincang dengan Ismail baru-baru ini, Mohd Sidek berkata, mereka sepakat melaksanakan pendekatan itu selepas mendapati masyarakat menganggap pentadbiran kerajaan kurang telus.

    Umum kurang mengetahui tindakan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yang terbabit dalam kegiatan negatif.

    "Sekarang kita beritahu dan kebaikannya ialah supaya orang faham bahawa tidak ramai yang yang terbabit dalam kegiatan itu," katanya sambil mengulangi gesaan supaya pegawai dan kakitangan awam memelihara integriti serta meningkatkan sistem penyampaian sebagai teras pembinaan negara maju.

    Lantikan jawatan Ketua Polis perlu tapisan BPR, Tatatertib PDRM

    Utusan Online

    KUALA LUMPUR 12 Jun – Pelantikan pegawai kanan polis untuk jawatan Ketua Polis negeri perlu melalui prosedur tapisan yang ketat dan siasatan terperinci terhadap calon terpilih oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Urusetia Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superitendan Rasdi Ramli berkata, menjadi prosedur standard bagi proses kenaikan pangkat seseorang pegawai kanan polis yang berpangkat Superintenden ke atas, nama calon perlu dibuat tapisan berkenaan.

    “Nama calon perlu melalui tapisan itu (BPR dan Urusetia Tatatertib PDRM) sebelum nama mereka diedarkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

    “Hanya selepas mendapat persetujuan dan kelulusan daripada SPP, barulah nama pegawai-pegawai berkenaan diumumkan penempatannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharom berkaitan pelantikan jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur, Perak dan Sabah sebagai terlalu lama dan tidak wajar, selain ia menjadi salah satu faktor penyumbang peningkatan kadar jenayah.

    Rasdi berkata, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC I Zulhasnan Najib Baharuddin sekarang ini adalah Pemangku Ketua Polis kontinjen tersebut.

    “Ini adalah berdasarkan surat pelantikan Pegawai Polis mengawal mana-mana formasi yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara,” katanya.

    Katanya lagi, bagi semua kontinjen yang belum mempunyai Ketua Polis negeri, termasuklah Kontinjen Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Polis kontinjen berkenaan dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis negeri.

    “Daripada itu setiap Pemangku Ketua Polis negeri mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang sama dengan seorang Ketua Polis negeri yang dilantik,” kata Rasdi.

    – Bernama

    Dedah nama kakitangan awam seleweng

    Utusan Online

    Oleh Sharilfuddin Saari

    KOTA KINABALU 12 Jun – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk mendedahkan nama pegawai dan kakitangan awam dalam akhbar tempatan sekiranya mereka terbukti bersalah di mahkamah.

    Beliau berkata, pihaknya yakin tindakan tersebut yang hanya melibatkan segelintir kakitangan tidak akan menjejaskan imej keseluruhan 1.2 juta pekerja sektor awam.

    Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bilangan sebenar kakitangan awam yang dikenakan tindakan itu.

    ‘‘Jika didapati bersalah oleh mahkamah, tidak ada salah bagi kita untuk siarkannya (dalam akhbar) supaya ia menjadi iktibar.

    ‘‘Bukan sahaja ia dapat memberi iktibar kepada yang bersalah tetapi juga kepada orang lain dan mereka yang tidak bersalah,” katanya.

    Mohd. Sidek berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat dan perjumpaan bersama pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan serta badan berkanun Persekutuan dan negeri di sini hari ini.

    Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Ismail Wadin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk K.Y. Mustafa.

    Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyiarkan dalam akhbar nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikenakan hukuman kerana kesalahan jenayah atau tindakan disiplin.

    Menurut Mohd. Sidek, kesediaan JPA untuk menyiarkan nama kakitangan awam yang melakukan kesalahan dalam akhbar membuktikan ketelusan yang diamalkan oleh kerajaan.

    Katanya, langkah itu juga dibuat bagi memastikan masyarakat tidak membuat andaian bahawa keseluruhan kakitangan kerajaan melakukan kesalahan yang sama.

    Namun, beliau menegaskan, bilangan kakitangan yang tidak berdisiplin itu tidaklah besar jika dibuat perbandingan dengan keseluruhan jumlah kakitangan awam di seluruh negara.

    ‘‘Dalam sesebuah organisasi besar, tidak dinafikan ada yang bermasalah dan mencemarkan perkhidmatan. Mungkin ia kini nampak ramai kerana banyak tindakan yang kita ambil (kebelakangan ini),” ujar beliau.

    12 June 2007

    Pekerja kontrak sering gagal temu duga

    Berita Harian

    TERUJA dengan kenyataan balas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terhadap saranan Presiden Cuepacs agar 100,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam diisi pegawai kontrak berpengalaman, saya mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada SPA di atas kenyataan segera itu dan di atas ketelusan dalam pengurusan pengambilan kakitangan awam.

    Ucapan terima kasih juga di atas peluang yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana melantik saya sebagai Pegawai Tadbir berstatus kontrak selama enam tahun sehingga kontrak ditamatkan akhir tahun lalu. Selama tempoh berkenaan, saya banyak menimba pengalaman dan pengetahuan yang berguna dalam sektor awam.

    Pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh adalah tidak ternilai. Selama enam tahun hingga ke hari ini saya terus menerus mengikut prosedur SPA dan masih gagal untuk ke peringkat temu duga.

    Pernah juga lulus dalam ujian tetapi tidak dipanggil temu duga atas alasan tidak melepasi tapisan kelayakan. Umur semakin meningkat dan ada antara kami sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungan.

    Penamatan kontrak ini memberi impak besar kepada kami. Kadang kala kami terfikir juga tindakan ini amat bertentangan dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran.

    Besarlah harapan kami jika agensi bertanggungjawab dapat memperhalusi masalah ini. Bukan niat kami untuk menentang keputusan kerajaan tetapi apa yang kami harapkan agar dapat terus memberi sumbangan dan perkhidmatan lebih cemerlang dalam perkhidmatan awam dan negara amnya.

    EX-PT41 KONTRAK,
    Kuala Lumpur.

    Guru sambung belajar hilang kekananan

    Berita Harian

    KEMENTERIAN Pelajaran mensasarkan 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah menjelang 2010. Oleh itu, ramai guru lepasan maktab memohon cuti belajar separuh gaji bagi merealisasikan impian kementerian dan mengimpikan imbuhan lebih baik selepas memperoleh ijazah.

    Tetapi untuk menyambung pelajaran, ia memerlukan komitmen dan iltizam tinggi, malah boleh dikatakan ahli keluarga turut berkorban.

    Malah, sukar menghadapi enam hingga lapan kali peperiksaan semester bergantung kepada kursus diambil. Dokumen perjanjian juga menyatakan selepas lulus dijanjikan kenaikan pangkat iaitu DG41.

    Selepas tamat belajar, apabila ‘time based’ diumum barulah guru menyedari kenaikan pangkat mereka tidak disertai dengan skil gaji lebih baik, berbanding mereka tidak menyambung pelajaran dan berkhidmat lebih 10 tahun tetapi berjaya Penilaian Tahap kecekapan (PTK) tahap tiga.

    Apabila kenaikan gaji diumumkan baru-baru ini guru yang menyambung pelajaran sekali lagi mengalami kerugian kerana mereka hanya memperoleh RM1,967.19 (15 peratus kenaikan) berbanding DGA32 (RM2,416.06) atau 25 peratus kenaikan.

    Dalam tempoh 10 tahun mereka yang memperoleh DG41 akan bergerak ke DG44 T1 P1 (RM2,982.98) sementara DGA32 bergerak ke DGA34 P1 T1 (RM3,103.42).

    Apabila Kementerian Pelajaran mengumumkan satu lagi tangga gaji baru iaitu DGA38, sudah tentu gaji baru ini melepasi tangga gaji DGA34, kemungkinan mengatasi DG48.

    Apa perlu guru bukan siswazah bersusah payah menyambung pelajaran hanya untuk menjerat diri sendiri mendapat kenaikan pangkat tetapi kurang gaji dan hilang kekananan walaupun berbelas-belas tahun berkhidmat.

    Sewajarnya JPA menimbangkan tempoh perkhidmatan bagi yang ingin menyambung pelajaran kerana dengan gaji bukan siswazah sekarang tidak menggalakkan langsung guru menyambung pelajaran.

    GURU SISTUA,
    Klang.

    JPA dedah pegawai kena tindakan

    Berita Harian


    Siar nama dalam akhbar bukti kerajaan telus: Ketua Pengarah

    PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyiarkan nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau melakukan kesalahan tata tertib, di dalam akhbar tempatan.

    Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam , berkata langkah untuk menyiarkan nama kakitangan awam yang melanggar etika itu dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan yang sudah diambil terhadap mereka.

    Pelaksanaan cadangan itu, katanya, sedang dikaji JPA bagi membuktikan kerajaan mengamalkan pentadbiran yang telus dan memberi tumpuan serius terhadap usaha meningkatkan sistem penyampaian.

    “Saya fikir mungkin sudah tiba masanya untuk kita beritahu rakyat (nama dan bentuk tindakan yang diambil terhadap kakitangan kerajaan yang didapati bersalah) kerana sebelum ini kita tidak pernah siarkan cerita seumpama itu.

    “Mungkin sudah sampai masanya kita berbuat demikian untuk menjadikannya (pentadbiran kerajaan) telus,” katanya di sini.

    Ismail berkata, langkah itu juga diharap dapat memberi kesedaran kepada pihak lain untuk berusaha meningkatkan integriti dan sistem penyampaian.

    “Selama ini, rakyat hanya tahu ada kakitangan kerajaan dikenakan tindakan apabila dia dibawa ke mahkamah kerana kes besar seperti membabitkan rasuah dan berita itu disiarkan di akhbar tempatan.

    “Kali ini, sebaik saja tindakan diambil oleh lembaga tata tertib kementerian, kita mahu siarkan nama pegawai terbabit di akhbar tempatan sebagai pengajaran,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat JPA, Hasniah Rashid, ketika dihubungi berkata, cadangan terbabit sedang diperhalusi dan dirujuk kepada pengerusi lembaga tata tertib di semua kementerian.

    “Kita perlu merujuk cadangan itu kepada pengerusi lembaga tata tertib semua kementerian kerana lembaga terbabit yang bertanggungjawab menjatuhkan hukuman atau mengambil tindakan disiplin,” katanya.

    Beliau berkata, satu tempoh tertentu mungkin ditetapkan bagi membolehkan senarai pegawai kerajaan yang didapati bersalah dalam pelbagai kes disiarkan di akhbar tempatan seperti enam bulan sekali atau mengikut tempoh yang dirasakan sesuai.

    Katanya, langkah JPA menyiarkan nama penjawat awam bermasalah memang sudah lama dilaksanakan terutama dalam usaha mengesan kakitangan kerajaan yang tidak datang ke pejabat untuk bekerja.

    “Ini anda boleh lihat sendiri, malah akhbar Berita Minggu kelmarin pun ada menyiarkan notis mengenai kakitangan kerajaan yang dikesan tidak datang ke pejabat tanpa cuti atau kebenaran serta sebab munasabah.

    “Kita siarkan maklumat kakitangan awam terbabit serta memberi tempoh tujuh hari untuk melaporkan diri dan jika masih gagal berbuat demikian, mereka boleh disifatkan sebagai sudah dibuang kerja,” katanya.

    Johari hits out over vacant state police chief positions

    NST

    KUALA LUMPUR: Deputy Internal Security Minister Datuk Johari Baharum has once again taken the police to task, this time for alleged poor planning.

    Two months after going head-on with the police top brass over the rise in crime, Johari yesterday let fly at the force again when he expressed his amazement that the position of Kuala Lumpur police chief was still vacant.

    Former city police chief Datuk Sulaiman Mohd Yusof retired in December last year and SAC I Zulhasnan Najib Baharuddin had been the acting police chief since.

    "If a senior police officer is due to retire, then a successor should be ready to take over the reins," Johari said after launching the new logo and flag of the Ex-Police and Army Family Welfare Association.

    "Six months without a police chief is too long. This is the first time in the history of the force that there has been no successor for such an important post."
    He said it was no surprise why the crime index here increased by 42 per cent in the first four months this year.

    "There is no chief to lead the troops," he quipped.

    Johari said the situation was similar in Perak and Sabah, where successors had not been named after the police chiefs retired a month ago.

    He hoped that the police would resolve this problem immediately.

    In April, Johari was at loggerheads with the police after he accused them of trying to hoodwink the public over the crime statistics, especially in Sentul.

    "I will visit the Sentul district police headquarters soon. I won’t be going there to find fault with the police but to find out what they have done to reduce crime. I also want to know if they are facing any problems," he said.

    Johari also attributed the rise in crime to the increase in illegal immigrants, whom he claimed were involved in snatch thefts, burglaries, robberies and motorcycle thefts.

    "A centre should be set up for foreign workers so that they can be easily monitored."

    Two solicitors-general a first for Malaysia

    NST

    Datuk Idrus Harun was promoted to solicitor-general in April last year (left). Datin Zaleha Yusof will focus on research in domestic issues.
    Datuk Idrus Harun was promoted to solicitor-general in April last year (left). Datin Zaleha Yusof will focus on research in domestic issues.

    PUTRAJAYA: For the first time, the country will have two solicitors-general.

    The position of the country’s second most senior law officer will now be shared between Datuk Idrus Harun and Datin Zaleha Yusof, who was made S-G (II) effective June 1.

    An official said in view of their department’s expanded workload, the S-Gs were needed to help the attorney-general in his duties.

    This is especially so in the conduct of prosecution cases, civil litigation and in planning and research activities.

    "With the distribution of responsibilities, the A-G can focus on other areas of the law," the official said.
    These include international affairs, legal advisory services, law revision and reform, and the management of the A-G’s Chambers.

    Zaleha, 51, is expected to concentrate on research in domestic and international issues.

    A parliamentary draftsman for a year before her current promotion, Zaleha joined the chambers in 1979.

    Among the key posts she held were those of Terengganu state legal adviser and commissioner of the law revision and law reform division in the chambers.

    She is married to High Court judge Datuk Ramly Ali.

    Idrus, 52, was promoted to S-G in April last year.

    The Federal Constitution states that the solicitor-general is empowered to perform any of the functions that can be performed by the attorney-general.

    Under the Criminal Procedure Code, the S-G shall have all powers of a deputy public prosecutor and shall act as a public prosecutor in the absence of the attorney- general.

    The country has had 15 solicitors-general since A.D. Farell was appointed to the post in 1955.

    Among the notables were former Lord Presidents Tun Mohamed Suffian Hashim (1959-1961) and Tun Salleh Abas (1966-1979), former Law Minister Tan Sri Abdul Kadir Yusof (1963) and retired A-G Tan Sri Abu Talib Othman (1979-1980).

    Meanwhile, Zaleha’s deputy, Datuk Nor Bee Ariffin has been promoted to parliamentary draftsman.

    Civil division head Tun Abdul Majid Tun Hamzah, who is leading the prosecution in the Altantuya Shaariibuu murder trial, has been upgraded from JUSA B to A.

    Tun Majid has been in his current position since August last year.

    Other key promotions are:

    • Datuk Engku Nor Faizah Engku Alek (Perak state legal adviser to deputy parliamentary draftsman I)

    • Hanipah Farikullah (deputy commissioner of the law revision and law reform division to head of advisory division)

    • Datuk Illani Mohamed Ibrahim (Malacca state legal adviser to deputy parliamentary draftsman II)

    • Siti Zawahir Mohamed (unit head at drafting division to senior deputy chief (Syariah) advisory division)

    • Siti Zainab Omar (municipal unit head, advisory division, to Malacca state legal adviser)

    • Ahmad Kamal Md Shahid (Terengganu state legal adviser to Perak state legal adviser)

    • Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali (Kelantan state legal adviser to senior federal counsel to the Ministry of Energy, Water and Communications)

    • Azlan Abdul Halim (senior federal counsel to the Ministry of Energy, Water and Communications to Kelantan state legal adviser).

    Pulihkan maruah JKR

    Utusan Online

    KUALA LUMPUR 11 Jun – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu yang malu dengan beberapa siri kerosakan di bangunan kerajaan sejak akhir-akhir ini mengeluarkan arahan tegas agar kejadian tersebut tidak berulang serta memulihkan maruah Jabatan Kerja Raja (JKR)

    Beliau berkata, maruah JKR tercemar teruk di mata orang ramai dan dunia yang menyebabkan kontraktor dari negara ini sukar mendapatkan kontrak baru di luar negara.

    ‘‘Saya perlu mengeluarkan arahan-arahan tegas dan keras ini memandangkan saya malu untuk berhadapan dengan Kabinet, rakan-rakan di luar negara dan orang ramai yang kini memandang rendah terhadap keupayaan JKR,’’ katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perjumpaan khas dengan pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

    Samy Vellu memberitahu, selama 135 tahun JKR ditubuhkan sejak tahun 1872, agensi itu telah menjadi penasihat teknikal kepada kerajaan yang menyaksikan banyak projek infrastruktur yang kini berdiri megah sebagai simbol kemegahan negara.

    Malangnya jelas beliau, sejak akhir-akhir ini akibat kecuaian pegawai-pegawai menyebabkan maruah JKR tercalar dan ia sukar untuk dipulihkan.

    Katanya, bagi mengelakkan kejadian bumbung dan syiling runtuh dan bumbung bocor berulang, kementeriannya akan menubuhkan dua jabatan iaitu Bahagian Juruukur Bangunan dan Jabatan Penyelenggaraan Pusat.

    Tegasnya, Bahagian Juruukur Bangunan akan memeriksa keadaan semua bangunan kerajaan selepas ia disiapkan.

    ‘‘Bahagian ini bertanggungjawab mengesan sebarang kecacatan walaupun terdapat hanya satu paku yang tercabut dan kalau bahagian ini mengesan ada kecacatan, surat kelulusan tidak akan diberikan kepada kontraktor terlibat sehingga ia diperbaiki dan berada dalam keadaan terbaik,’’ jelas beliau.

    Pendapatan bawah RM1,200, potong gaji di bawah SSPN

    Utusan Online

    KUALA TERENGGANU 11 Jun – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan kakitangan awam atau swasta yang berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan membuat potongan gaji di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

    Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata, potongan gaji sekurang-kurangnya RM20 sebulan itu adalah sebagai simpanan jangka panjang untuk mengurangkan beban apabila anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).

    Menurut beliau, ini kerana keluarga yang berpendapatan rendah berpeluang menikmati geran sepadan yang diberikan oleh kerajaan sehingga RM10,000 untuk jumlah simpanan yang dibuat.

    ‘‘Potongan gaji sebanyak RM20 sebulan dirasakan tidak membebankan kerana ia merupakan simpanan jangka panjang untuk kemudahan anak-anak mereka selain mengurangkan kebergantungan kepada PTPTN,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Tanjong Mengabang di sini hari ini.

    Dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu semalam iaitu Omar Abdul Rahman dan Dagang Che Ali masing-masing menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sumbangan Razali serta bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Kebajikan Masyarakat (Mayang) Kuala Terengganu.

    Lima lagi keluarga yang turut terjejas dalam kejadian itu menerima bantuan makanan sumbangan JKM Daerah Kuala Terengganu dan Mayang Kuala Terengganu iaitu Khatijah Awang, Rozita Ibrahim, Ismail Bakar, Norita Ariffin dan Khalid Ismail.

    Bagaimanapun Razali berkata, kaedah itu masih di peringkat kajian dan jika didapati bersesuaian, ia akan dicadangkan untuk dilaksanakan terhadap golongan terbabit.

    Jelasnya, pada masa ini PTPTN juga telah menetapkan syarat bahawa pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN perlu mempunyai simpanan dalam SSPN kurang-kurangnya RM500.

    Selain geran sepadan, kata beliau, banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh kerajaan melalui SSPN seperti perlindungan insurans percuma sehingga RM50,000 dan dikecualikan cukai pendapatan melalui dividen atau keuntungan yang diperoleh.

    Menurutnya, orang ramai boleh membuat simpanan melalui 1,000 ejen yang dilantik serta secara dalam talian e-SSPN melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), CIMB, Hong Leong Bank dan Public Bank.

    11 June 2007

    JKR To Tighten Grip On Contractors

    KUALA LUMPUR, June 11 (Bernama) - In the wake of a series of minor defects in government buildings recently, the Public Works Department (JKR) will set up a Building Surveyors Division to inspect the condition of all buildings after completion.

    In issuing the directive Monday, Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said in addition, a new central department would be formed at the ministry to ensure high standards in maintenance, while penalties in the form of surcharges would be imposed on contractors who shirked their duties.

    Elaborating on the Building Surveyors Division, he said its role would be to detect any defect.

    "It (the division) will also ensure the maintenance and streamlining of high standards for construction supervision," he said when opening a workshop on the new government delivery system organized by his ministry here.

    He also directed the JKR and all agencies within the ministry to draw up implementing charts when giving a project to a contractor.

    "If the task or required parcel of work is not completed within the stipulated period and according to the quality expected, the contractor is surcharged immediately.

    "There is therefore an urgent need to tighten quality assurance, standards including enhancing monitoring and supervisory roles," he said.

    Samy Vellu also called for a revamp of the ministry's Complaints Unit. "This unit must become more pro-active in making itself available to the ordinary citizens thereby documenting accurately their complaints and effectively resolving their grievances," he said.

    He said by managing public complaints and giving reliable and accurate replies, it would enhance the ministry's profile with civil society groups.

    Samy Vellu said also said it was important for the JKR to deploy the right people especially those with the competency, expertise, experience, information, brainpower and commitment to oversee the implementation of projects.

    "In a similar way, a step-by-step approach to effectively monitor all the infrastructure projects that are being undertaken is critical," he said.

    Samy Vellu said critical self assessment and peer group appraisals were necessary to keep relevant officials alert on their professional and technical outputs.

    "Effective tracking and feedback systems must be developed. Multiple sources of information both formal and informal must be tapped from all the stakeholders," he said.

    He also suggested that trouble shooting teams be established to undertake spot checks and analysis to ensure quality control, while internal audits must assess both effective and efficient use of resources.

    "A stricter compliance system must be developed for contractors and sub-contractors with specific references to infrastructure weaknesses due to shoddy work and fulfilling standard requirements," he said.

    -- BERNAMA

    Waris guru mahu tahu status pencen

    Berita Harian

    SEORANG guru yang terbabit dalam kemalangan maut baru-baru ini, Zulkifly Bahrain adalah Guru Pendidikan Khas dan mengajar Kelas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda Musa, Teluk Intan.

    Sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Methodist Girls Teluk Intan di Kelas Bermasalah Pendengaran. Di SMK Raja Muda Musa terdapat dua program pendidikan khas iaitu Bermasalah Pembelajaran dan Bermasalah Pendengaran.

    Beliau mempunyai kemahiran berbahasa isyarat, mungkin orang awam mudah memanggil beliau guru bahasa isyarat. Beliau antara guru yang mengalami kerugian apabila DGA 32 diperkenalkan.

    Guru senior perlu menghadiri Kursus Induksi untuk pengesahan jawatan. Beliau dilantik pada 1 Oktober 2005 dalam DG41 dan baru saja selesai menghadiri kursus induksi, yang bermakna beliau belum sah jawatan dalam DG41.

    Adakah waris beliau dapat memperoleh pencen DG41 arwah suami atau DGA29. Inilah nasib guru senior apabila menyambung pelajaran perlu menghadiri temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan menghadiri kursus induksi untuk pengesahan jawatan.

    Guru senior bermaksud guru yang berumur dan mungkin menghidapi bermacam penyakit, untuk menunggu pengesahan jawatan amat mendebarkan.

    ABA,
    Teluk Intan, Perak.

    Cuepacs minta kaji pencen ikut tempoh khidmat

    Berita Harian

    KUALA LUMPUR: Cuepacs memohon kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pembayaran pencen kakitangan awam berdasarkan tempoh perkhidmatan sebenar bagi mereka yang berkhidmat lebih 25 tahun.

    Presidennya, Omar Osman, berkata perkara itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Khas Kongres Cuepacs bulan ini, selain isu peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan perbincangan bagi pengesahan kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 21 Mei lalu.

    Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1996 pernah mempersetujui supaya pembayaran pencen kakitangan awam bagi yang berkhidmat lebih 25 tahun dibuat berdasarkan tempoh sebenar perkhidmatan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kegawatan ekonomi ketika itu.

    “Sekarang kita akan mohon supaya ia dipertimbangkan semula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Omar berkata, berdasarkan keputusan mesyuarat khas itu, Cuepacs akan mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri, selewat-lewatnya bulan depan.

    Pada masa ini, kadar pencen dikira berdasarkan maksimum tempoh perkhidmatan selama 300 bulan atau 25 tahun, dengan pembayaran separuh daripada gaji pokok terakhir.

    Sementara itu, Majlis Bersama Kesatuan Agensi Yang Diasingkan akan menggerakkan kelima-lima kesatuan agensi yang berkaitan secara bersepadu dalam meminta majikan masing-masing membuat semakan gaji serta menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) dengan kenaikan gaji sektor awam yang berkuat kuasa bulan depan.

    Pengerusinya, Mohd Noor Abdullah, berkata ia akan dilakukan jika perbincangan pada peringkat agensi dengan kesatuan masing-masing gagal mencapai kata sepakat.

    Pada 2 Jun lalu, Majlis Kesatuan Agensi Yang Diasingkan kecewa kerana belum menerima maklum balas daripada majikan berhubung cadangan mempertimbangkan pelarasan gaji dan kenaikan Cola kakitangannya.

    Katanya, hanya Perkeso tampil menyokong hasrat kesatuan, manakala Tabung Haji menunjukkan minat kemungkinan menaikkan Cola kakitangannya.

    Kesatuan itu mewakili kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    Presiden Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP), Anuar Ibrahim pula mahu Kementerian Pelajaran mengubah format PTK agar bersesuaian dengan tugas guru dan bukan secara peperiksaan seperti sekarang.

    “Penilaian bagi guru boleh dibuat sama ada menerusi kursus atau penilaian prestasi kerja yang mempunyai kaitan dengan tugas harian pendidik,” katanya.

    Kakitangan kontrak tiada keistimewaan

    Berita Harian

    Pemohon kena ikut prosedur isi jawatan tetap: SPA

    KUALA LUMPUR: Tiada sebarang keistimewaan diberikan kerajaan kepada pekerja sangkut, kakitangan sementara, sambilan dan kontrak untuk pengambilan kakitangan perkhidmatan awam bagi mengisi kekosongan 100,000 jawatan dalam sektor awam yang masih belum diiklankan.

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkata, pertimbangan pemilihan pekerja tertakluk kepada prosedur dan peraturan sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus.

    “Ini bermakna, mereka tidak dilantik ke jawatan tetap secara automatik walaupun ada kekosongan jawatan yang mereka mohon dan pengalaman tidak menjadi asas pelantikan dalam sektor awam,” katanya.

    Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, menggesa kerajaan memberi keutamaan kepada kakitangan berstatus kontrak bagi mengisi kekosongan 100,000 jawatan dalam sektor awam.

    Beliau berpendapat kekosongan itu lebih wajar diisi kakitangan berpengalaman berbanding membukanya kepada kakitangan baru yang tidak diketahui kebolehan mereka.

    SPA berkata, mereka yang berminat untuk bekerja dalam sektor awam perlu mendaftar dengan mengisi Borang SPA8 atau dibuat secara dalam talian (on-line) di Portal SPA di www.spa.gov.my.

    SPA berkata, pemohon yang tidak dikenakan tapisan ialah Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, peserta Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT)/Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) dan Penerima Bantuan Am.

    “Mereka akan dipanggil temu duga tanpa sebarang tapisan sekiranya memiliki kelayakan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan atau iklan,” katanya.

    SPA menjelaskan pemohon daripada pemegang biasiswa kerajaan juga tidak diberi sebarang keistimewaan dan mereka tertakluk kepada prosedur sama seperti terpakai kepada calon lantikan terus lain.

    Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Hasniah Rashid, berkata kakitangan kontrak, sambilan, sementara dan pekerja sangkut tidak akan diserapkan dalam perkhidmatan walaupun sudah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman bekerja dengan kerajaan.

    Katanya dasar pengambilan sekarang mengamalkan dasar terbuka dan pekerja dilantik maklum bahawa mereka tidak akan diserapkan dalam jawatan yang dipegang.

    “Pekerja kontrak, sementara, sambilan dan sangkut diberitahu mereka perlu memohon kepada SPA jika mahu dilantik sebagai kakitangan awam,” katanya.

    Ini dilaksanakan bagi memberi keadilan kepada semua dan hanya calon sesuai, berkelayakan, setanding atau lebih baik dilantik,” katanya.

    Terengganu Government uses CCTVs to monitor its civil servants

    The Star

    KUALA TERENGGANU: No more chit-chatting and lepaking (loitering) during office hours for the 1,000 civil servants at the state administration’s building here – every step they make is now being captured on cameras.

    Several closed-circuit television cameras (CCTVs) have already been installed at undisclosed spots focusing on workstations of the state government departments and agencies, which occupy the building.

    State Secretary Datuk Mokthar Nong told The Star that 16 units of the CCTVs installed for security purposes have been recording the workers' movements without their knowledge at Wisma Darul Iman here.

    Twenty-six other units are expected to be fixed by July at the latest, covering other areas.

    “The cameras at Wisma Darul Iman were initially installed to increase security but have doubled up as a mechanism to closely monitor the workers.

    “We would know if they are adhering to office etiquette or playing truant and we can also gauge if they are disciplined at work,” he said.

    Mokhtar stressed that the move, embarked by the state government, was not aimed at impeding the movement of the workers but to enhance the delivery system and efficiency of state departments and agencies.

    Images from the units are accessible by Mokhtar and Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

    It is learnt that the CCTV system was made an alternative method of monitoring some civil servants, said to be fond of taking their breaks outside their workstations.

    State government officials said they had no qualms about using surveillance cameras to monitor the workers during working hours.

    State Communications Unit (Ukom) deputy director Ruslan Abdul Rahman described the move as “a brilliant idea” and an innovative way to optimise information technology.

    Ruslan said the state government, under Idris' leadership, had been advocating efficiency and prompt service by civil servants.

    “I hope the civil servants accept the move in a positive manner as this will actually encourage them to excel further,” he said.

    Abdul Mubin Ismail, Special Officer to the state Youth, Sports and Non-Governmental Organisations Committee chairman, said: “We know this is not to pinpoint our errors but to mould us into becoming more responsible. Besides, we just got our pay rise, why complain as we should be working hard?”

    Abdul Mubin said the move could also motivate the workforce at the building to strive harder as their superiors would be watching them.

    “Look on the bright side, there will be no more kaki bodeks (lobbyists) as the bosses will know who are actually working and those who don't,” he said.

    Abdul Mubin said this would also reduce office politics or any attempt at sexual harassment at work.

    Cuepacs president Omar Osman welcomed the idea as long as the move was to enhance productivity, efficiency and discipline among civil servants.

    “The respective departments must also provide good facilities for the staff so that do not leave the office.”

    For example, he said that there should be reading rooms and a good cafeteria.

    “If the food in the cafeteria is expensive or not up to the mark, the staff will go outside to eat,” Omar said.


    10 June 2007

    Soal Jawab: PTK tak jamin anjakan gaji, kenaikan pangkat

    Berita Harian

    SELEPAS tuntutan kenaikan gaji kakitangan perkhidmatan awam diterima oleh kerajaan, satu lagi isu besar yang perlu ditangani Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ialah perasaan tidak puas hati sebahagian besar kakitangan terhadap peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Peperiksaan ini adalah komponen terpenting dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diperkenalkan pada 2003. Pelbagai versi dilaporkan mengenai kelemahan PTK hingga sekarang. Bagi mendapatkan gambaran menyeluruh, wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin, menemu bual Presiden Cuepacs, Omar Osman, mengenai isu itu.

    PTK diterima oleh Cuepacs apabila hendak dilaksanakan pada 2003 dan kini ditentang habis-habisan. Mengapa.

    Memang benar kepemimpinan Cuepacs pada peringkat awal bersetuju dengan pelaksanaan PTK selepas mendengar penerangan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 2001. Kita melihat PTK yang sistematik apabila dilaksanakan memberi faedah kepada kakitangan perkhidmatan awam. Malangnya apabila dilaksanakan pada 2003, pelbagai masalah mulai timbul dengan antara sektor pertama yang menerima kesan ialah guru. Ramai yang tidak lulus dan baru-baru ini, kira-kira 70,000 guru dilaporkan tidak menduduki PTK. Apabila kita menganalisis secara keseluruhan, laporan daripada ahli gabungan Cuepacs seluruh negara mendapati majoriti ahli tidak bersetuju. Sebelum pengumuman kenaikan gaji pada 21 Mei lalu, saya mengadakan pertemuan dengan ahli Cuepacs seluruh negara. Setiap kali pertemuan, mereka membangkitkan isu PTK dan menggesa dimansuhkan. Saya bertanya sama ada ahli bersetuju supaya PTK dikekalkan dan diubah suai? Tidak ada seorang pun bersetuju!

    Apakah isu sebenar yang menyebabkan PTK dilihat sebagai menimbulkan masalah.

    Pertama ialah soalan PTK. Kita mendapati ada soalan yang tidak relevan dan sesuai dengan kumpulan sasaran. Bahagian soalan umum, mungkin kakitangan boleh membaca kerana seragam, tetapi bahagian soalan khusus, iaitu mengenai bidang pekerjaan kakitangan menimbulkan banyak masalah. Jika pekerjaan saya ialah juruteknik, soalan khusus sepatutnya adalah hanya mengenai pekerjaan itu. Bagaimanapun, seorang juruteknik elektrik sudah tentu tidak boleh menjawab soalan berkaitan juruteknik mekanikal. Apabila soalan sama, ini menimbulkan masalah. Jika saya jawab, jawapan itu tidak tepat dan akan gagal. Ini menyebabkan pada 2003 dan 2004, ramai gagal dalam peperiksaan yang ketika itu diadakan sekali setahun, berbanding empat kali setahun sekarang. Masalah soalan dihadapi hampir semua agensi dan jabatan kerajaan. Kakitangan kumpulan Pengurusan dan Profesional pun mempertikaikan peperiksaan PTK. Jika tidak, mengapa sebuah persatuan kumpulan ini mempertikaikan PTK walaupun kakitangan kumpulan ini menghadiri kursus sebelum menduduki PTK. Bagaimanapun, kumpulan sokongan satu dan dua tidak ada kursus. Mereka terpaksa membaca sendiri dan menduduki peperiksaan. Mana boleh!

    Isu kedua.

    Apabila seseorang lulus peperiksaan PTK sama ada Aras Empat atau cemerlang, dia sepatutnya mendapat anjakan gaji, tetapi ini tidak berlaku. Dalam pekeliling perkhidmatan awam, setiap kakitangan yang lulus PTK Aras Empat akan mendapat anjakan gaji dan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Aras Tiga tidak mendapat anjakan gaji, tetapi boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Malangnya selepas lulus Aras Empat, mereka tidak mendapat anjakan gaji dan kenaikan pangkat. Anjakan gaji bukan secara automatik, tetapi apabila ada temu duga untuk kenaikan pangkat, mereka diberi lebih keutamaan kerana lulus PTK. Sebarang kenaikan pangkat memerlukan kakitangan lulus PTK, tetapi perkara ini tidak berlaku. Banyak kes begini berlaku.

    Bagaimana dengan penilaian prestasi kerja yang menyebabkan mereka yang lulus PTK tidak berpuas hati.

    Masalah timbul apabila walaupun lulus PTK, prestasi kerja kakitangan berkenaan pada penilaian jabatan tidak cemerlang. Sebelum ini diberitahu bahawa PTK untuk kenaikan pangkat dan tidak mempunyai kaitan dengan prestasi kerja. Sekarang timbul bahawa selepas lulus PTK, prestasi kerja mesti cemerlang. Ini bermakna kelulusan PTK tidak menjamin kenaikan pangkat dan anjakan gaji. Ramai kakitangan yang terjebak dalam masalah ini. Tidak ada makna menduduki PTK hanya untuk menguji tahap kecekapan dan tidak mendapat anjakan gaji kerana halangan seperti kuota. Ia lari daripada matlamat asal yang Cuepacs dan JPA bersetuju. Masalah timbul pada peringkat pelaksanaan, iaitu jabatan atau agensi kerajaan. Mulalah, ada yang kata kuota sudah penuh dan memberi alasan anjakan gaji bergantung kepada bajet. JPA tidak tahu mengenai perkara ini dan tidak membuat pemantauan. Walaupun lulus PTK, prestasi kerja tidak cemerlang, tidak akan mendapat anjakan gaji. Pekeliling perkhidmatan awam tidak menyatakan begitu. Lulus PTK, berilah anjakan gaji!

    Isu lain yang Cuepacs dapati menimbulkan masalah.

    Selepas menduduki peperiksaan PTK, berbulan-bulan hendak mengetahui keputusan. Kadangkala kenaikan gaji tahunan yang patut berkuat kuasa pada tarikh itu ditangguhkan kerana jabatan memberitahu bahawa apabila lulus PTK, terpaksa buat sekali lagi. Sepatutnya berilah kenaikan gaji tahunan itu. Keputusan PTK perlu diketahui dalam tempoh satu atau dua bulan selepas peperiksaan supaya tidak timbul masalah membabitkan kenaikan gaji tahunan akan datang. Sekarang ada yang hingga enam bulan, malah setahun tidak mendapat keputusan PTK. Inilah kekangan yang menyebabkan kakitangan hilang keyakinan terhadap PTK.

    Ada tanggapan bahawa PTK terlalu berorientasikan peperiksaan. Adakah ini benar.

    Ya! Sebagai contoh bagi kumpulan pengurusan dan profesional mempunyai tugasan seperti penyelidikan dan pembelajaran yang lengkap, tetapi jika tidak lulus PTK, mereka tidak akan dipertimbangkan untuk mendapat kenaikan pangkat. Sebelum ada PTK, tugasan seperti menulis kertas kerja, seminar dan penyelidikan mencukupi untuk mendapat kenaikan pangkat. Sekarang tanpa kelulusan PTK, kakitangan kumpulan ini tidak boleh pergi ke jawatan lebih tinggi. Bukankah ini menunjukkan PTK menjadi penghalang. Bagi kakitangan kumpulan sokongan, ada yang prestasi kerja cemerlang tiga tahun berturut-turut, tetapi tidak lulus PTK juga menyebabkannya tidak layak mendapat kenaikan pangkat. Pada masa sama, kelulusan cemerlang dalam PTK juga tidak menjamin mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji apabila prestasi kerja tidak cemerlang. Sekarang ramai yang lulus PTK tidak mendapat anjakan gaji. Apabila saya pergi menghadiri taklimat, ramai yang menyokong PTK dimansuhkan.

    Cuepacs mendakwa tidak sampai 50 peratus lulus sedangkan mengikut JPA, kira-kira 70 peratus lulus peperiksaan PTK. Macam mana ini.

    Angka kita adalah berdasarkan laporan dalam mesyuarat Cuepacs setiap tahun. Peratusan itu berdasarkan kiraan kita sendiri. Kalau JPA menyatakan 70 peratus, angka ini mesti diperjelaskan secara terperinci. Berapakah kadar kelulusan setiap kumpulan. Itu yang kita mahu tahu. Kalau 70 peratus secara rambang, saya pun sudah tahu.

    Bagaimana PTK dilihat memberi kesukaran kepada kakitangan yang sudah lama berkhidmat untuk menduduki peperiksaan.

    PTK menjadi suatu masalah dan kebimbangan kepada kakitangan lama untuk mengambil PTK dan bersaing dengan kakitangan baru yang lebih muda. PTK tidak memberi pengecualian kepada kakitangan lama. Sepatutnya kakitangan yang sudah lama berkhidmat dan agak berusia dikecualikan menjawab bahagian soalan umum dan hanya mengambil bahagian soalan khusus. Bagaimanapun, ini tidak berlaku. Pada peringkat awal, kita mengetahui bahawa SSM adalah untuk menambah baik kualiti perkhidmatan awam dan tidak diberitahu bahawa antara kandungannya ialah peperiksaan PTK. Kita diberitahu bahawa SSM lebih baik berbanding SSB (Skim Saraan Baru), tidak ada lagi kenaikan gaji menegak dan melintang yang menjadi isu sebelum ini. SSM juga dikatakan membolehkan penilaian dibuat secara adil oleh jabatan terhadap prestasi kakitangan. Kita bersetuju penilaian ini untuk menentukan peningkatan kerjaya kakitangan. Tidak ada pun kata pepe-riksaan PTK. Apabila kita kata bersetuju, keluar pekeliling baru menyatakan kakitangan wajib men-duduki peperiksaan ini. Kita terkejut!

    Apakah kesan terhadap kakitangan dan perkhidmatan awam apabila isu berkaitan PTK dibiarkan berlarutan.

    Saya khuatir kerana prestasi dan produktiviti kakitangan perkhidmatan awam menurun. Begitu juga hubungan harmoni di kalangan kakitangan kanan dan baru terjejas apabila kekananan seseorang kakitangan tiada kerana jika kakitangan kanan gagal peperiksaan PTK, imejnya akan terjejas. Nanti ada orang kata, kerja 30 tahun, tetapi PTK pun tidak lulus, sedangkan orang baru yang bekerja 10 tahun lulus. Ketua jabatan juga lebih berdamping dengan kakitangan baru yang muda dan boleh bekerja kuat, manakala prestasi orang lama dikatakan mula menurun. Ini sudah berlaku dalam agensi kerajaan. Saya dihubungi seorang kakitangan yang bekerja selama 12 tahun dan lulus PTK, tetapi tidak mendapat kenaikan pangkat. Sebaliknya orang baru diberi keutamaan. Ini adalah diskriminasi kepada kakitangan lama. Kesannya ialah kakitangan yang berasa dirinya diketepikan bekerja sambil lewa dan melakukan kerja sambilan.

    Baru-baru ini dilaporkan ada pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Apakah isu PTK dibangkitkan.

    KSN memanggil saya minggu lalu. Dalam pertemuan kira-kira sejam, beliau memberitahu bahawa PTK tidak boleh dimansuhkan kerana PTK dapat mengukur tahap kecekapan kakitangan. Kita bersetuju, tetapi selepas lulus PTK hingga tahap cemerlang dan tidak mendapat anjakan gaji, apakah matlamat kita? Kemudian dicadangkan supaya anjakan gaji dimansuhkan, iaitu lulus PTK hanya untuk kenaikan pangkat. Mana boleh! Kita berpendirian bahawa mereka yang lulus PTK dengan cemerlang wajar diberi anjakan gaji. Tujuan kita sejak dulu ialah jika tidak mendapat kenaikan pangkat, mereka boleh mendapat anjakan gaji. Sekurang-kurangnya gaji berubah kerana kita mahukan gaji. Rumusannya ialah perkara itu dibincangkan dengan JPA.

    JPA membuat kenyataan bahawa PTK akan dipertahankan, tetapi pengubahsuaian boleh dilakukan.

    Kita bersetuju jika hendak mengubah kandungan PTK, tetapi perkara ini mesti dirunding terlebih dulu dengan Cuepacs. Apakah bentuk pengubahsuaian itu. Apabila tiba pada peringkat pelaksanaan, jabatan dan agensi akan mengikut pekeliling perkhidmatan awam yang ada. Mereka akan kata itu hanya cadangan dalam surat khabar. Jabatan dan agensi kerajaan mengikut JPA. Selagi tiada arahan hitam putih daripada JPA, perubahan tidak berlaku. Ini konsep pentadbir dalam kerajaan. Jika hendak diserahkan kepada jabatan dan agensi untuk merangka soalan PTK, mesti ada garis panduan. Dalam keadaan sekarang tidak menentu. Soalan kumpulan bawahan disediakan oleh kumpulan atasan yang tidak tahu mengenai pekerjaan itu. Mengapa ini berlaku? Buat soalan dapat elaun. Semua orang hendak buat soalan. Kalau soalan itu untuk kumpulan sokongan dua, kumpulan sokongan satu pun boleh buat soalan. Bagi kita peluang buat soalan, tetapi ini tidak berlaku. Cuba buat soalan tidak mendapat elaun, semua orang tidak mahu buat. Ini yang menyebabkan orang yang bukan dalam bidang pekerjaan itu membuat soalan. Katakan soalan berkaitan pemandu, kerja teknikal pun dimasukkan dalam soalan, mana dia boleh jawab.

    Apakah cadangan Cuepacs untuk menyelesaikan kemelut PTK.

    Cadangan kita adalah seperti yang dikemukakan dalam memorandum yang dihantar bersama semakan gaji baru-baru ini, iaitu pembelajaran sepanjang hayat hingga bersara. Cuepacs menyedari keperluan kakitangan awam berilmu dengan penilaian dibut sepanjang masa dan bukan hanya dengan PTK yang belum tentu melahirkan kakitangan yang mempunyai prestasi kerja hebat. Kita sebenarnya boleh menggunakan mekanisme yang sedia wujud dalam perkhidmatan awam, iaitu kursus wajib sebanyak tujuh hari setahun, kursus induksi dan latihan yang sebenarnya lebih baik. Kita mencadangkan kursus induksi dikurangkan kepada hanya seminggu kerana apa yang diterangkan boleh diketahui dengan membaca. Kursus induksi boleh diadakan secara tahunan dan diambil kira untuk penilaian prestasi kakitangan. Kursus wajib tujuh hari juga boleh diambil kira. Kerajaan perlu memperuntukkan waktu untuk kakitangan menjalani latihan berkaitan pekerjaan mereka dan disediakan jadual setiap tahun untuk tujuan itu. Mereka yang mengikuti kursus ini akan dinilai. Baru kita tahu kebolehan mereka dan kakitangan pula berpuas hati. Cara ini membolehkan mereka mendapat ilmu, dinilai dengan adil dan kecemerlangan mereka terserlah. Ini adalah cadangan Cuepacs dalam memorandum semakan gaji.

    Sudah tentu ini memerlukan perbincangan dengan JPA dan adakah sudah dilakukan usaha ke arah pertemuan itu.

    Kita memohon mengadakan perbincangan bersama JPA. Oleh kerana ada cadangan baru daripada Ketua Pengarah JPA sendiri, perkara ini perlu diperjelaskan kepada Cuepacs mengenai bentuk perubahan itu supaya kami dapat memperjelaskan kepada ahli gabungan. Hubungan majikan-pekerja mesti ada. Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah JPA, kita bersetuju dan selepas itu mesti ada tindakan susulan.

    Apakah Cuepacs akan bertindak lebih agresif untuk menyelesaikan isu PTK.

    Agresif, tetapi bukan secara melulu. Kita mahu isu ini diberi perhatian lebih serius kerana Cuepacs berdiam diri selama 15 tahun. Dulu kita tidak menyentuh secara agresif mengenai PTK dan semakan gaji serta lebih banyak menjalankan tugas. Bagaimanapun, Cuepacs memikirkan perkara ini tidak diberikan perhatian selama 15 tahun, iaitu bermula dengan SSB pada 1992 diikuti SSM pada 2003. Kedua-dua skim tidak banyak perbezaan dan hanya ada pengubahsuaian, manakala kaedah pelaksanaan masih sama. Kita melahirkan keluhan demi keluhan, tetapi tidak diberi perhatian menyebabkan terpaksa bertindak agresif supaya mereka nampak masalah yang timbul. Bagaimanapun, tindakan ini bukan berbentuk konfrontasi. Jika hingga ke tahap pandangan kakitangan tidak diberi perhatian, apa yang boleh kita buat. Bagaimanapun, kita ada maruah dan JPA perlu mengambil kira kepentingan bersama. Kita mahukan hubungan majikan-kakitangan yang baik, maka kita perlu membuat keputusan bersama yang baik. Ini bukan lagi zaman penjajahan.

    Apakah tiada langsung aspek positif dalam PTK.

    Jika PTK dilaksanakan dengan cara terbaik, kita nampak PTK memang menguji tahap kemampuan kakitangan, tetapi sistem itu mesti yang terbaik. Pelaksanaan mesti dilakukan dengan tersusun dan bukan timbul masalah berbulan-bulan hendak mendapat keputusan, lulus cemerlang tiada anjakan gaji dan penilaian prestasi diambil kira dalam kenaikan pangkat. Banyak perkara yang bercelaru. Masalah pilih kasih masih berlaku. A lulus PTK dengan cemerlang, manakala B gagal tetapi prestasi kerja bagus. B akan menjadi pilihan untuk memangku jawatan jika ketua jabatan mahukannya. Ketua jabatan mempunyai hak mutlak. Kadangkala penilaian dibuat berdasarkan cakap orang. Ini menyebabkan aspek penilaian prestasi juga menjadi satu masalah kerana tidak mengikut sistem dan tidak memanggil orang yang dinilai. Inilah perkara yang menjadi kerunsingan. Apabila saya pergi ke mana-mana, banyak yang memberi pandangan negatif. Walaupun ada yang memberi pandangan positif terhadap PTK, dia tidak melihat secara menyeluruh. Kita berdasarkan pandangan majoriti. Jika saya secara individu, PTK mungkin bagus apabila saya lulus, mendapat anjakan gaji dan kenaikan pangkat.